Kemiskinan Punca Wujudnya Buruh Kanak-kanak

Negara-negara di benua Afrika Barat seperti Sangaru, Sanguie, Nayala,
Kassi dan negara lain-lain lagi terdapat kanak-kanak yang tidak dapat
dikira jumlahnya yang kebanyakan di bawah umur 14 tahun telah terpisah
dari keluarga mereka ke tempat-tempat lain, menyeberangi ke sempadan
negara lain untuk bekerja sebagai buruh akibat kemiskinan.
Di kalangan kanak-kanak tersebut, ada yang pergi secara sukarela, ada
yang dihalau keluar oleh ahli keluarga mereka dan ada yang diculik oleh
penjual buruh haram. Dalam kebanyakan kes, buruh kanak-kanak ini tidak
dapat balik lagi ke tempat asal @ kampung mereka setelah pergi bekerja
di tempat lain. Contohnya Eric Bationo seorang kanak yang datang dari
negara Reo telah diculik pada tahun 1997 dan tidak dapat balik lagi ke
pangkuan ibunya. Kebanyakan mereka bekerja di sektor pertanian dan
sektor perkhidmatan dengan gaji yang sangat rendah dan persekitaran yang
agak buruk yang akan membahayakan nyawa mereka. Ada kanak-kanak yang
tidak bernasib baik dipaksa memberi perkhidmatan seks kepada orang
dewasa.

Satu
poster yang menentang perlebihan masa kanak-kanak Afrika bekerja di negara Tanzania.
Mereka bekerja antara 10 hingga 20 jam dalam satu hari dengan mengangkat
dan memikul perkakas berat dan mengoperasi perkakas yang mempunyai
risiko tinggi. Mereka dibekalkan makanan dan minuman yang tidak cukup
untuk keperluan seharian. Satu laporan di negara Nigeria mendapati
bahawa terdapat 1 orang daripada 5 orang kanak-kanak yang diculik telah
mati kerana penyakit atau kemalangan semasa bekerja. Adanya kanak-kanak
yang dipaksa memberi perkhidmatan seks dan terjangkit penyakit seks,
terutamanya penyakit AIDS.

Seorang kanak yang sedang bekerja di sektor pertanian.
Menurut satu kajian yang dibuat oleh
International Labour Organization (ILO) mendapati melebihi 51%
kanak-kanak di negara Burkina dalam benua Afrika yang berumur antara 5
hingga 14 tahun adalah bekerja sebagai buruh dan kebanyakan adalah anak
perempuan. Dalam seluruh benua Afrika, terdapat 80 juta buruh
kanak-kanak, dan dijangka akan melebihi sampai ke jumlah 100 juta pada
tahun 2015. Masalah ini hanya dapat dikurangkan dengan melalui
meningkatkan pendapatan keluarga dan meningkatkan tahap pendidikan
kanak-kanak. |