Peperangan

09/22/05

Home
Buruh Kanak-kanak
Penyakit AIDS
Kebuluran
Peperangan
Maklumbalas

 

                                              

                                   Peperangan dalam negara Afrika: Askar Kanak-Kanak

               Kira-kira 1/3 askar kanak-kanak di seluruh dunia adalah terdapat dalam benua Afrika. Menurut laporan yang dibuat oleh Amnesty International dan Human Rights Watch, terdapat 300,000 orang askar kanak-kanak yang adanya berumur 7 tahun sahaja sedang aktif berperang di 41 negara dalam benua Afrika. Yang seperti dikatakan : " Kanak-kanak adalah murah, mudah mendapat, mudah dididik menjadi mesin pembunuh dan mempunyai ketaatan yang tinggi dengan tidak mempertimbangkan."

                                                                                   

Salah seorang kanak yang menjadi askar tentera di negara-negara Afrika.         Peperangan saudara sering berlaku dalam

                                                                                                                             negara Afrika

              Menurut Jean-Clande Legrand, seorang ahli UN Children`s Fund (UNICEF) yang membantah kanak-kanak melibat diri dalam konflik peperangan, setuju bahawa kanak-kanak yang menjadi askar bukannya secara sukarela. Dia bercakap bahawa : " Mereka menjadi askar adalah disebabkan oleh kemiskinan, sosial dan paksaan politik, Kamu boleh mendapati bahawa kanak-kanak tersebut hanya untuk mendapat makanan seharian sahaja. Ini adalah strategi untuk terus hidup sahaja.

                                                                          

                                    Kanak-kanak meletakkan senjata mereka di atas muka bumi dan berjalan jauh dari ia.

              Adanya kanak-kanak yang menjadi askar tujuannya untuk mencari satu tempat perlindungan sahaja. Seperti Djibril Karim seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun menyertai angkatan tentera Sierra Leone hanya untuk mencari satu tempat yang selamat untuknya. Keluarganya semua mati akibat pemberontakan angkatan tentera lain. Dalam latihan kurang daripada  1 minggu, Djibril Karim dengan kawan-kawannya telah dihantar ke medan peperangan yang akan mereka menghadapi 2 pilihan sahaja iaitu bunuh atau dibunuh. Dalam pasukan yang dia berada, melebihi separuh askar adalah terdiri daripada kanak-kanak.

                                                                                     

                   Askar kanak ini hanya berumur 7 tahun sahaja.                     Askar-askar sedang mengemaskinikan senjata-senjata.

             Perempuan muda juga ada berada dalam khemah tentera. Mereka bertanggungjawab dalam masakan seharian, membuat kerja yang lain dan kebanyakan daripada mereka adalah dirogol dan dipukul. Ada juga perempuan yang menjadi askar tentera.


Home | Buruh Kanak-kanak | Penyakit AIDS | Kebuluran | Peperangan | Maklumbalas

This site was last updated 09/22/05