Penyakit AIDS: Pembunuh Kanak-kanak
Afrika
Sejak kes pertama AIDS/HIV didapati di negara Afrika, penduduknya telah
menjadi semakin
ramai menjangkiti penyakit ini. Menurut laporan UNICEF, telah terdapat
lebih daripada 20 juta penduduknya meninggal dunia . Sebanyak 1.9
juta yang meninggal adalah kanak-kanak.
Seorang
kanak yang merupakan pesakit AIDS.
Mengapa kanak-kanak di Afrika
menjadi mangsa AIDS/HIV? Pada hal yang sebenar jangkitan penyakit ini di
kalangan penduduk Afrika adalah tinggi berbanding dengan negara lain.
Kebanyakan pasangan suami isteri di negara itu adalah pesakit AIDS,
dengan kekurangan pengetahuan dalam bidang perubatan dan juga tiada
orang yang memberitahu mereka. Oleh itu, mereka tidak menjalankan perancangan
keluarga maka kanak-kanak itu yang dilahir telah dijangkiti dan menjadi
pembawa HIV iaitu pesakit AIDS.
Jumlah
pesakit AIDS di seluruh negara benua Afrika.
Selepas didapati
dijangkiti penyakit AIDS, kebanyakan kanak-kanak itu akan disingkir
daripada kanak-kanak lain yang tidak menjangkiti penyakit itu kerana
orang dewasa takut penyakit ini akan merebak kepada anak-anak mereka
akibat daripada tahap pengetahuan mereka yang rendah terhadap penyakit
AIDS. Golongan
kanak-kanak itu akan disingkir ke luar puak dan dibiarkan kanak-kanak
tersebut mati tanpa menolongnya kerana mereka takut dijangkiti.

Seorang
kanak yang dijangkiti penyakit AIDS.
Terdapat satu pertubuhan
iaitu SOS
yang khasnya untuk memberi bantuan kepada golongan malang itu.
Pertubuhan itu akan memmberi bantuan dari segi makanan, perubatan dan
juga pendidikan. Tujuan mereka lakukan ini supaya golongan yang malang
itu juga berhak mendapat layanan yang sepatutnya. Dalam tempoh setahun
mereka telah berjaya memberi bantuan kepada sebanyak 800 orang
kanak-kanak AIDS dan sebanyak 300 orang kanak-kanak AIDS kembali semula
ke sekolah.
Statistik HIV dan AIDS
Ø
Sejak kes AIDS yang pertama
didapati pada tahun 1981, telah terdapat lebih daripada 20 juta orang
dijangkiti dan meninggal dunia.
Ø
Mengikut lapaoran yang dibuat oleh
“The Skeptics Guide to the Global AIDS Crisis, UNICEF”
dalam setiap 14 saat , jangkitan penyakit AIDS akan berlaku kepada
kanak-kanak di Afrika.
Ø
Di Afrika , lebih daripada 12 juta
kanak-kanak menjadi anak yatim akibat daripada kehilangan salah seorang
ibu atau bapa atau kedua-duanya akibat daripada jangkitan AIDS.
Ø
Satu kajian telah dilakukan bahawa
menjelang tahun 2010, 25 juta kanak-kanak di Arfika akan dijangka
menjangkiti penyakit AIDS.
Ø
Pada masa itu dijangka bahawa
terdapat 14000 kes jangkitan baru pada setiap hari. Menurut kajian
bahawa 2000 kes adalah daripada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun
manakala 6000 kes adalah dalam lingkungan usia 15-24 tahun.
Ø
Kini, di dunia terdapat 34-36 juta
orang dijangkiti penyakit HIV, lebih kurang 25-28 juta pesakit adalah
berasal dari Afrika.
Ø
Di Afrika terdapat 2.2 juta
kanak-kanak dijangkiti HIV.
|