Pentadbiran |
Kurikulum |
HEM |
Kokurikulum |
Apilkasi |
Imbauan |
![]() |
SK. KAMPUNG SIMUNUL, SEMPORNA SABAH, MALAYSIA |
![]() |
Pertama-tamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT. kerana dengan izinnya jua maka kita dapat diketemukan di laman web SK. Kampung Simunul, Semporna ini. Kewujudan laman web sekolah seperti ini amat relevan dan merupakan satu mercu tanda (benchmark) sekolah tersebut untuk memaparkan kewujudan sekolah ini dalam peta senarai nama-nama sekolah yang terdapat di Malaysia khususnya melalui media internet hari ini. SK. Kampung Simunul, Semporna adalah antara 40 buah sekolah yang terdapat dalam Daerah Semporna, Sabah. Sekolah yang pada awalnya wujud di lokasi sementara kini mempunyai bangunan konkritnya sendiri sebagai sekolah yang berstatus gred A dengan jarak hanya lebih kurang 2 kilometer dari Bandar Semporna. Tuan/puan boleh sendiri merujuk Sejarah penubuhan sekolah ini dan Profil pada menu. Proses peralihan struktur pentadbiran yang telah berlaku dengan perpindahan dari lokasi lama ke lokasi dan bangunan sekarang banyak memberikan suatu pengalaman yang berbeza-beza di kalangan guru-guru dan ini tentu natijahnya telah memberikan suatu pengalaman pada mereka-mereka khususnya dalam soal pengurusan serta pentadbiran. Secara keseluruhannya, saya berpendapat dari sudut di luar lingkungan organisasi, sekolah ini mempunyai potensi besar untuk terus berkembangmaju dari segenap aspek pendidikan khasnya dalam dua komponen iaitu akademik dan kokurikulum. Guru-guru yang sedia ada di sini tidak dinafikan mempunyai pengalaman dan kemahiran masing-masing dalam merealisasikan matlamat pendidikan yang hendak dicapai seiring dengan laungan visi dan misi sekolah ini. Saya selaku Guru Besar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah khususnya guru-guru di Unit Komputer & Multimedia yang telah berjaya menyediakan laman web ini. Kepada para pelayar internet khasnya para pendidik dan pelajar, saya bagi pihak seluruh warga sekolah ini meminta maaf atas kekurangan dan kelemahan serta apa-apa yang menyalahi dalam menyediakan laman web ini. Anda boleh menghantar komen anda pada menu Maklumbalas. Sekian....Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualikum WBT.
( ABD RASHAN HJ IBRAHIM ) GURU BESAR |