Hadapan

Mukaddimah

Profil

Sejarah

Pentadbiran

Kakitangan

Kurikulum

HEM

Kokurikulum

Apilkasi

Imbauan

Maklumbalas

 

07HB MAC , 1986----Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) dan ditumpangkan sementara di balairaya Kampung Selamat selepas beroperasi di bawah Ahli Jawatankuasa Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Pada awalnya hanya terdapat tiga orang tenaga pengajar yang di kepalai oleh Cik Musalmah Bt Mohd Lipai.

9HB JULAI , 1986----Sekolah ini menerima kehadiran seorang Guru Besar yang  pertama dalam sejarahnya iaitu En Santa Amir Husin. Dengan adanya seorang guru besar, penstrukturan semula pentadbiran telah dibuat di mana bilik pentadbiran diwujudkan serta bilik darjah ditambah untuk memenuhi keperluan akibat pertambahan bilangan murid. Mulai saat itu, sekolah ini terus menerima guru besar , guru-guru baru dari dalam dan luar daerah. Sehingga sekarang ada empat orang guru besar yang telah berjasa dalam menyumbang karier mereka ke arah perkembangan sekolah ini. Mereka ialah :

En Santa B. Amir Husin( 1986 - 1989 )

Encik Yahya B. Ali Bakar( 1989 -1992)

Tn Haji Saidin B. HjAbd Rashid( 1993 -1994)

Pn Maimunah Bt . Hj Ali Osman(1994-1999)

  Encik Abd Rashan B. Hj Ibrahim (2000 - Sekarang)

Pada tahun 1989 SK. Simunul di naikkan taraf ke dalam kumpulan sekolah gred A.

18HB 0G0S , 1998-----Tarikh yang amat membahagiakan semua warga SK Simunul, Semporna apabila telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya  di bangunan baru. Jarak antara kedudukan bangunan baru dibina dengan bangunan lama hanya kira- kira 200 meter sahaja. Pada tahun berikutnya bilangan guru/KTBM bertambah seramai 54 orang. Manakala bilangan murid mencecah sehingga seramai 900 orang.

11HB. MAC , 1999----- Tarikh paling bersejarah bagi sekolah ini apabila ia dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB. Datuk Najib Razak. Beliau diiringi oleh beberapa orang menteri dan Tuan Pengarah Pendidikan Sabah Dr Hasbullah Hj Mohd Taha. Upacara perasmian yang gilang-gemilang diadakan di mana seluruh warga SK. Simunul, menggembeleng tenaga bagi persiapan perasmian tersebut.

1