Medical Officer :Dr. Noraza Ab.Rahman

Head of Unit :

Dr. Nasran Abd. Rahim


Pediatrician

Pendahuluan


Wad Kanak-kanak


Wad kanak-kanak merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang terdapat di Hospital Kuala Krai dimana kakitangan hospital memberi rawatan dan jagaan yang berterusan kepada pesakit kanak-kanak. Had umur yang dikategorikan untuk dimasukkan kedalam wad kanak-kanak adalah bayi yang baru lahir hingga ke umur 12 tahun.


Wad kanak-kanak ini mempunyai 31 katil dan di bahagikan kepada 3 bahagian:

Pediatrik Surgikal

Pediatrik Am

Neonatal (Nurseri)


Kakitangan wad kanak-kanak mengamalkan cara kerja berpasukan dimana ahlinya terdiri daripada:

I Pakar Kanak-kanak

ii Pakar Bedah

iii Pakar Bius

iv Pegawai perubatan

v Ketua Jururawat

vi Jururawat terlatih

vii Penolong Jururawat

viii Attenden perempuan


Penempatan Pakar Bedah dan Pakar Bius di Hospital Kuala Krai menyebabkan kes-kes Surgikal dapat dirawat di sini. Kes-kes yang dimasukkan adalah seperti " Appendicitis, Hernia, Abscess, Acute Abdomen" dan lain-lain. Terdapat juga kes-kes kemalangan ringan yang dimasukkan kedalam wad.


Terdapat Perkhidmatan Pakar Kanak-kanak sejak 1/3/99. Maka skop perkhidmatan rawatan bagi kanak-kanak sekarang amat luas. Kes-kes yang sebelum ini sentiasa dirujuk, sekarang ini dapat di rawat di hospital dibawah pengawasan Pakar Kanak-kanak, dalam batas-batas tertentu.


sambungan

Pediatrics

Kanak-kanak

[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK] [STORE] [UP]

HOME

INTRODUCTION

HOSPITAL

DIRECTOR

SPECIALTY

SUPPORT

SERVICES

CME

NEWS

PHOTO ALBUM

IMPORTANT LINK

WE CARE