|
Fungsi dan tanggungjawab Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran adalah induk bagi HKK di mana ia berfungsi sebagai tempat penyeliaan unit-unit di hospital ini. Ketua pejabat HKK terdiri dari Pengarah Hospital, Penolong Pegawai Tadbir dan Ketua Pembantu Tadbir. Unit Pentadbiran terdiri dari 3 bahagian iaitu bahagian Kewangan, Perkhidmatan dan Hasil.
Pentadbiran ini terdiri dari 7 orang Pembantu Tadbir , 6 orang Pembantu Tadbir Rendah dan 1 orang Pembantu Am Rendah.
Tugas-Tugas Bahagian Kewangan
Menyediakan gaji 'payroll' dan gaji berasingan bagi semua kakitangan.
Menyediakan sijil gaji akhir apabila pegawai bertukar.
Menguruskan jurnal gaji.
Menyediakan penyata cukai pendapatan.
Menguruskan caruman KWSP kepada semua kakitangan yang terlibat.
Menyelenggara dan mengendalikan buku vot 'manual' dan vot berkomputer.
Menjaga dan menyediakan pesanan tempatan.
Menjediakan laporan perbelanjaan.
Menyediakan baucer-baucer pembayaran bagi semua jenis bil.
Menyediakan baucer bayaran 'medico-legal'.
Tugas-Tugas Bahagian Perkhidmatan
Menguruskan urusan lanjutan tempoh percubaan
Menguruskan urusan pengesahan dalam jawatan.
Kemasukan ke dalam jawatan berpencen.
Menyediakan laporan perubahan pelarasan dan kenaikan gaji.
Mengemaskini buku perkhidmatan dan mencatat segala butir-butir berkaitan kursus, pinjaman perumahan , pinjaman kenderaan dan sebagainya.
Menguruskan pesanan alat tulis 2 kali seminggu.
Mengedarkan pekeliling-pekeliling , surat-surat arahan dan lain-lain kepada semua unit yang berkaitan.
Membuka fail baru dan mengawal pergerakan fail dan segala fail-fail disimpan mengikut sistem.
Menguruskan pertukaran dalam dan luar negeri.
Menguruskan semua cuti kakitangan.
Menguruskan semua jenis persaraan kakitangan.
Tugas-Tugas Bahagian Hasil
Bertanggungjawab ke atas pungutan hasil hospital seperti bayaran wad, pemeriksaan perubatan , laporan perubatan , bayaran telefon persendirian, perkhidmatan kereta jenazah dan lain-lain.
Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan proses kemasukan wang hasil ke bank.
Menyediakan laporan bulanan kutipan hasil.
Menyediakan laporan bulanan ( penyata BBH ).
Menyediakan harian buku tunai ( Kew 249 ).
Mengeluarkan bil serta peringatan berhubung dengan caj bayaran wad.
|