Accident & Emergency Kecemasan & Kemalangan |
Head of Unit Hj. Mohd Zain Latiff Pembantu Perubatan U7 |
Pengenalan. Unit Kemalangan & Kecemasan adalah unit yang beroperasi 24 jam dalam sehari. Ianya terletak di hadapan pintu masuk ke unit-unit lain di Hospital Kuala Krai. Perkhidmatan yang di beri di unit ini ialah perkhidmatan secara spontan ketika apa jua kecemasan berlaku, walaupun begitu ianya juga berfungsi sebagai pusat rujukan dari klinik-klinik kesihatan di jajahan Kuala Krai ini termasuk juga dari klinik-klinik swasta setempat. Unit ini juga memberi perkhidmatan di hari-hari kelepasan am termasuk hari cuti kebesaran atau hari cuti umum. Kes-kes (pesakit) yang datang selepas waktu pejabat ialah kes-kes dari sekitar Kuala Krai baik datang sendiri atau secara rujukan dari Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta. Perkhidmatan pengangkutan atau perkhidmatan ambulan di kendalikan di unit ini. Perkhidmatan yang di berikan ialah untuk menghantar kes-kes bagi tujuan rujukan ke HKB atau HUSM, kes-kes panggilan kecemasan juga di kendalikan di unit ini. Selain merawat dan mengendalikan kes-kes kecemasan unit ini juga bertanggungjawab atas penghantaran mayat (pengendalian kereta jenazah) dan memberi perkhidmatan post mortem jika perlu. Segala kes-kes medico-legal (kemalangan jalan raya, kes-kes polis, kes salah guna dadah) juga di uruskan di unit ini. Kakitangan bertugas: Unit ini di seliakan oleh seorang pegawai perubatan U3 sebagai pegwai yang bertanggungjawab di samping seorang Pembantu Perubatan Kanan yang menjaga unit ini. Yang lain ialah terdiri dari 9 Pembantu Perubatan, 7 attendan kesihatan, 11 orang pemandu dan jururawat yang bertugas secara shift. Talian penting : Sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan talian berikut : Unit Kecemasan : 09-9666333 samb. 207 & 217 Pembantu Perubatan Kanan : 09-9666333 samb. 214 |
[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK][STORE] [UP] |
WE CARE |