perlembagaan

 

                      [Tajuk Perlembagaan]

 

                   UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN  KEDAYAN SABAH (1992) (Bahagian Pertama)

   

 

1.        NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

 

                [1] Persatuan ini hendaklah dinamakan PERSATUAN KEDAYAN SABAH (1992), atau dengan nama

                      singkatnya KEDAYAN selepas ini disebut sebagai Persatuan.

 

                [2] Alamat berdaftarnya ialah di Rumah No. 17, Taman Jelitana Utama, Jalan Bundusan , 89500 Penampang.

 

                [3] Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan

                      terlebih dahulu.

 

2.        DASAR DAN OBJEKTIF

 

[1] Berusaha untuk memperbaiki kedudukan kaum Kedayan dalam bidang pembangunan dan perusahaan;

 

[2] Berusaha untuk mengkaji dan memelihara kebudayaan kaum Kedayan yang sedia wujud;

 

[3] Menjadikan Persatuan ini sebagai Pusat untuk berusaha memberi khidmat nasihat dan khidmat

      penerangan kepada kaum Kedayan serta mengalakkan untuk bergiat di bidang ekonomi, pelajaran, sukan

      sosial dan kebajikan.

 

[6] Menanam tatasusila kepada masyarakat Kedayan mengikut prinsip-prinsip Rukunegara dan berusaha

      mengawal, memelihara, mengamalkan dan mengekalkan tali persaudaraan di antara kaum-kaum yang lain

      atau persatuan-persatuan yang lain.

 

3.        KUASA PERSATUAN

 

[1] Berusaha mencari jalan untuk mendapatkan kewangan supaya Persatuan ini boleh bergiat di bidang

      perniagaan, mengusahakan wang-wang Persatuan atau meminjam wang dengan cara yang sah.

 

[2] Menerima wang bantuan, derma dan warisan daripada pertubuhan-pertubuhan yang sah di sisi undang-

      undang atau orang perseorangan untuk mencapai objektif-objektif Persatuan.

 

[3] Menderma, membayar atau mengendalikan wang untuk mengerjakan usaha-usaha Persatuan atas

     kebijaksanaan Jawatankuasa Pusat berdasarkan perlembagaan Persatuan ini.

 

[4] Membeli, menerima, mewarisi atau memegang tanah atau bangunan yang diberi atau disewakan kepada

      Persatuan;

 

[5] Melaksanakan sebarang amanah berhubung dengan wang atau harta yang diterima atau diperolehi;

 

[6] Menyediakan, mengadakan, menjaga dan menjalankan kerja-kerja pejabat dan tempat mesyuarat atau

      tempat rehat yang diperlukan untuk kakitangan Persatuan;

 

[7] Mengeluarkan dan menyiarkan atau mengedarkan tulisan-tulisan, buku-buku dan risalah-risalah dengan

      percuma atau cara komersial yang tidak bertentangan dengan undang-undang dengan kebenaran pihak

      berkenaan terlebih dahulu;

 

[8] Jawatankuasa Pusat boleh mengadakan perusahaan-perusahaan atau mendirikan syarikat-syarikat

      berdaftar.

 

         3A.   Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari persertaannya dalam mana-mana

                  perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan

                  Persatuan ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar

                  faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan.  Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak

                  menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan

                  atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.  

 

Next ]

   

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.