perlembagaan (...samb)

                                           [Tajuk Perlembagaan]

 

                   UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN  KEDAYAN SABAH (1992) (bahagian kedua)

 

    

4.        KEAHLIAN

 

[1] Terdapat tiga (3) jenis keahlian seperti berikut:

 

      [a]  Ahli Biasa

             Terbuka kepada lelaki dan perempuan berketurunan Kedayan berumur lebih daripada 16 tahun dan

              tinggal di Negeri Sabah yang berkerakyatan Malaysia pada masa ia membuat permohonan.  Ahli

              Biasa layak menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh Persatuan.

 

                       [b]  Ahli Seumur Hidup

                               Ahli Biasa yang membayar yuran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

                               sekaligus layak diterima sebagai Ahli Seumur Hidup dan berhak menikmati semua kemudahan yang

                               disediakan oleh Persatuan.

 

                        [c]  Ahli Bersekutu

                               Terbuka kepada orang-orang keturunan Kedayan yang berumur lebih daripada 16 tahun dan tinggal

                               di Negeri Sabah lebih daripada satu tahun dan bukan rakyat Malaysia.  Ahli Bersekutu tidak layak

                               mengundi atau memegang jawatan dalam Persatuan.

 

                   [2]  Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun hanya boleh diterima sebagai ahli dengan kebenaran

                          bertulis daripada ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.

 

                   [3]  Keturunan Kedayan adalah sama ada daripada pihak ibu atau bapa.

 

                   [4]   Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali

                           ia telah dibenarkan tersebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cancelar Universiti yang berkenaan.

 

                    [5]  Tiap-tiap permohon menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar

                           kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendak mengemukakan permohonan itu dengan secepat

                           mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan.  Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut

                           budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

 

                     [6] Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah

                           setelah membayar yuran masuk dan tahunan pertama diterima sebagai ahli persatuan dan berhaklah ia

                           sebagai ahli.

 

        5.     BAYARAN MASUK, YURAN YURAN DAN BAYARAN BAYARAN LAIN

 

                          [1] Bayaran masuk dan yuran hendaklah dibayar seperti berikut:

                                Bayaran masuk -RM3, Bayaran Tahunan -RM10.00.

 

                         [2] Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Cawangan di dalam masa 30 hari dari tarikh 

                               yuran harus dibayar. Tempoh setahun adalah dikira dari tarikh mendaftar menjadi ahli.

 

                         [3] Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari dua tahun akan menerima surat peringatan

                               yang ditandatangani oleh Setiausaha Cawangan dan hilang hak hak keistemewaannya sebagai ahli  

                              sehingga hutangnya telah dibayar

        

                         [4] Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya

                       berhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan 

                              yang sah diambil ke atasnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima 

                              kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu

        

                        [5] Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah 

                              membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

       

                        [6] Yuran Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan 

                             dengan persetujuan mesyuarat agung perwakilan. Sekiranya ada ahli yang tidak dapat membayar

                             yuran yuran tersebut di dalam masa yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti 

                             hutang yuran tahunan

 

6.        PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN

 

                           [1] Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan yang

                                 bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan membayar segala

                                 hutang-hutangnya.

                           [2] Mana-mana ahli (termasuk ahli-ahli jawatankuasa) yang gagal mematuhi undang-undang

                                 Persatuan atau bertindak dalam cara yang mencemar nama baik persatuan atau ahli

                                 jawatankuasa yang gagal menjalankan tugas-tugasnya seperti yang dikehendaki oleh persatuan

                                 bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang

                                 difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa atau dilucutkan jawatannya dalam persatuan bagi ahli

                                 jawatankuasa yang didapati bersalah.

                                Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu, hendaklah

                                diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis.  Ahli tersebut

                                juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri.  Pemecatan atau penggantungan

                                 itu hendaklah dilaksanakan kecuali Mesyuarat Agong menunda atau membatalkan keputusan

                                 itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.

   

[{Back ] Next ]

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.