perlembagaan (...samb)

                                            [Tajuk Perlembagaan]

 

      

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN  KEDAYAN SABAH (1992) (bahagian terakhir)

 

 

 

15.     MESYUARAT AGONG CAWANGAN

 

                             [1] Tiap-tiap ahli cawangan Persatuan berhak menghadiri, bercakap dan mengundi dalam 

                                   sebarang  mesyuarat agong cawangannya.

 

                             [2] Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan akan diadakan dua (2) tahun sekali dan akan diadakan

                                   tidak lewat dari empat belas (14) hari selepas menerima pemberitahuan yang awal mengenai

                                   Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan, supaya pemberitahuan mengenai masa, tarikh dan

                                   tempat akan dikeluarkan dan salinan-salinan agenda dan penyata kira-kira akan diberi kepada ahli-

                                 ahli tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan.

 

                            [3] Kerja-kerja Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan ialah untuk:

                                

                                     [a] Menerima laporan Setiausaha Cawangan mengenai aktiviti-aktiviti cawangan dalam dua (2)

                                           tahun yang lepas.

                                     [b] Menerima laporan Bendahari Cawangan dan kira-kira cawangan yang telah diaudit bagi dua

                                           (2) tahun lepas.

                                      [c] Melantik Jawatankuasa Cawangan dan Pemeriksa-pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun

                                           hadapan.

                                      [d] Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibentangkan kepadanya.

                                         

                             [4] Mesyuarat Agong Luarbiasa Cawangan boleh diadakan:

 

                                       [a] Atas perintah Jawatankuasa Pusat atau

                                       [b] Apabila Jawatankuasa Cawangan fikirkan mustahak atau

                                       [c] Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari lima belas (15) orang ahli-ahli

                                             cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab diadakan mesyuarat itu.

 

                              [5] Mesyuarat Agong Luarbiasa Cawangan yang diadakan atas permintaan ahli-ahli akan diadakan

                                    tidak lewat dari lima belas (15) hari selepas diterima permintaan tersebut.

 

                              [6] Sekurang-kurangnya ½ dari jumlah ahli-ahli cawangan mesti hadir di dalam sesuatu mesyuarat

                                    agong cawangan untuk mengesahkan perjalanannya.

 

16.     JAWATANKUASA CAWANGAN

 

                              [1] Suatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut, akan dilantik pada tiap-tiap Mesyuarat Agong

                                    Dwi Tahunan Cawangan:

 

                                             Seorang Pengerusi Cawangan

                                             Seorang Timbalan Pengerusi Cawangan

                                             Seorang Setiausaha Cawangan

                                             Seorang Penolong Setiausaha Cawangan

                                             Seorang Bendahari Cawangan

                                             Empat orang Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan

 

                              [2] Nama-nama untuk jawatan-jawatan di datas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan

                                    dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Dwi Tahunan

                                    CaWangan.  Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula.

 

                              [3] Tugas Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian cawangan

                                    mengikut Undang-Undang Persatuan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat

                                    Agong perwakilan.  Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali

                                    dalam tempoh 3 bulan dan adalah cukup koram jika hadir ½ daripada ahli-ahlinya.  Setiausaha

                                    Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agong

                                    tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas mesyuarat itu diadakan.

 

17.     TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

 

                              [1] Pengerusi Cawangan dalam masa jawatannya akanmenjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agong

                                    Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa cawangan dan bertanggungjawab atas

                                    kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat .  Ia mempunyai undi pemutus dan akan

                                    menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.  Ia hendaklah

                                    menandatangani semua cek-cek cawangan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari

                                    Cawangan.

 

                              [2] Timbalan Pengerusi Cawangan akan memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa

                                    ketiadaannya.

 

                              [3] Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja Cawangan mengikut undang-undang

                                    dan hendaklah id menjalankan perintah Mesyuarat Agong dan Jawatankuasa pusat.  Ia

                                    bertanggungjawab mengurus hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-

                                    surat datu kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan.  Ia hendaklah hadir di dalam

                                    semua mesyuarat dan membuat catitan-catitan.  Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek

                                    Cawangan bersama-sama dengan Pengerusi Cawangan dan Bendahari Cawangan.

                                    Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah menolong Setiausaha Cawangan menjalankan kerja-

                                    kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Cawangan.

 

                              [5] Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan.  Ia

                                    hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan Cawangan

                                    dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.  Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek

                                    Cawangan bersama-sama dengan Pengerusi Cawangan dan Setiausaha Cawangan.

 

                               [6] Tugas-tugas ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang lain adalah bergantung kepada keputusan

                                      mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan mengikut arahan Pengerusi Cawangan dari masa ke

                                      semasa.

 

18.     KEWANGAN CAWANGAN

 

                                [1] Semua wang dikutp di Ibu Pejabat dan di Cawangan akan menjadi kepunyaan bersama

                                      Persatuan.

 

                                [2] Mesyuarat Agong Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa berapa peratus dari yuran

                                      yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan

                                      jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

 

                                [3] Tiap-tiap Bendahari Cawangan hendaklah menyampaikan kepada Bendahari Agong Persatuan

                                      sebelum 15hb pada tiap-tiap tahun yuran-yuran lebih dari jumlah peratusan yang disimpan

                                      sebagai kumpulan wang cawangan.

 

                                [4] Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agong Persatuan sebelum

                                     15hb tiap-tiap bulan satupenyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan bagi bulan lepas.

 

                                [5] Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di salam nama Cawangan di dalam bank yang

                                      dipseretujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-

                                      sama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.  Bendahari

                                      Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak lebih daripada RM200

                                      (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa.  Perbelanjaan yang melebihi

                                      RM200.00 sesuatu masa tidak boleh dilakukan oleh Bendahari Cawangan tanpa kebenaran

                                      diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan.

 

19.     PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

 

                                [1] Di mana peruntukan khas tidak disebut di dalam undang-undang ini bagi perkara-perkara

                                      berhubung dengan pentadbiran cawangan-cawangan persatuan-persatuan, undang-undang

                                      berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Persatuan akan diikuti sejauhmana yang sesuai.

 

                                 [2] Mesyuarat Agong Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan-arahan kepada

                                       Mesyuarat Agong atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

 

20.     TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

 

                                 [1] Di antara mesyuarat-mesyuarat agong perwakilan Jawatankuasa Pusat boleh memberikan

                                       tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang

                                       tidak terkandung di dalam undang-iundang ini.

 

                                  [2] Kecuali perkara-lerkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat

                                       di  dalam mesyuarat agong perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat terhadap ahli-ahli 

                                       adalah  muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agong perwakilan.

 

21.     PENASIHAT/PENAUNG

 

                  Jawatankuasa Pusat Persatuan ini boleh jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi      

                 Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini asalkan orang yang dipilih itu berketurunan Kedayan.

 

22.     LARANGAN

 

                                   [1] Permainan yang tersebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan :

                                         Roulette, Lotto,  Fan Tan,Poh,Peh Bin,Belangkai,Pai Kau,Tau Ngau,Tien Kwo,Chap Ji

                                         Kee,Sam Cheong Dua Puluh Satu,Tiga puluh satu,Sepuluh dan setengah,Semua permainan

                                         dadu,Banker’s game Dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

 

                                  [2] Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba penghalang atau dengan apa-apa cara juga

                                        mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam

                                        gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

 

                                   [3] Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak,

                                         atas nama Persatuan atau Pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan

                                         daripada pihak berkuasa berkenaan.

 

                                   [4] Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyan 2 Akta Pertubuhan 1968 tidak

                                         boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli persatuan.

 

 

23.     PINDAAN UNDANG-UNDANG

 

                Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipindah kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agong

                Perwakilan.  Permohonan untuk perubahan-perubahan ataupindaan-pindaan kepada undang-undang

                hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat

                perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-

                perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendtaftar Pertubuhan.

 

 

                 ----------------------                                                                                         ----------------------------

                   AMDE SIDIK                                                                                               MAHMUD OSMAN

                     PRESIDEN                                                                                                     SETIAUSAHA AGONG

 

 

                       SEAL

                 26hb Ogos 1992

 

Back ]

 

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.