perlembagaan (...samb)

       

                      [Tajuk Perlembagaan]

 

    

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN  KEDAYAN SABAH (1992) (bahagian kelima)

 

10.     KEWANGAN

 

                     [1] Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang persatuan ini

                           boleh digunakan untuk perkaa yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuklah

                           belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang

                           bergaji dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimanapun, tidaklah boleh digunakan untuk

                           membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

 

                      [2] Bendahari Agong dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM300.00 (Ringgit

                           Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) paa sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah

                           dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa Pusat.  Kira-kira bank itu hendaklah di

                           atas nama Persatuan.

 

                      [3] Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani

                            bersama oleh Presiden, Setiausaha Agong dan Bendahari Agong.  Kerana ketiadaan Presiden,

                            Setiausaha Agong atau Bendahari Agong maka bolehlah Jawatankuasa Pusat melantik seorang

                            pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

 

                      [4] Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,500.00 (Ringgit Malaysia: satu Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi

                            sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat

                            dan perbelanjaan yang lebih daripada RM15,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas Ribu Sahaja) bagi

                            sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong Perwakilan terlebih

                            dahulu.  Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,500.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Lima Ratus

                            Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden.

 

                       [5] Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun

                             hendaklah disediakan oleh Bendahari Agong dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik

                             mengikut undang-undang 11, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.  Penyata

                             kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agong Dwi

                             Tahunan Perwakilan yang berikutan, dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli-ahli

                             di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Persatuan.

 

                       [6] Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap

                             tahun.

 

11.     PEMERIKSA KIRA-KIRA

 

                        [1] Dua orang yang bukannya pegawai-pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat

                             Agong Dwi Tahunan Perwakilan sebagai pemeriksa kira-kira persatuan dan akan memegang jawatan

                             selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

 

                         [2] Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi dua (2) tahun dan

                               membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agong.  Pemeriksa kira-kira apabila

                               dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden hendaklah memeriksa kira-kira Persatuan atau

                               cawangannya bagi mana-mana masa di dalam tempoh perlantikan tersebut dan membuat laporan

                               kepada Jawatankuasa Pusat.

 

12.     PENGAMANAH

 

                         [1] Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam

                               Mesyuarat Agong dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan.  Kepada

                               mereka yang diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani satu

                               surat amanah.

 

                         [2] Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan

                               dengan tidakada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agong Perwakilan

                               Persatuan.

 

                         [3] Seorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatanya oleh Mesyuarat Agong Perwakilan oleh

                               sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab-sebab

                               lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan

                               memuaskan.  Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang pengamanah

                               maka seorang pengamanah baru hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agong Perwakilan dengan

                               secepat mungkin.  

 

 

 

13.     PEMBUBARAN

 

                         [1] Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga

                               perlima jumlah wakil-wakil ahli yang berhak mengundi di dalam Mesyuarat Agong Perwakilan

                               yang dipanggil khas untuk tujuan itu.

 

                          [2] Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan

                                tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang

                                yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agong

                                Perwakilan.

 

                           [3] Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan

                                 di dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

 

14.     PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

 

                           [1] Jawatankuasa Pusat hanya boleh membenarkan penubuhan cawangan di mana-mana daerah yang

                                  mempunyai sekurang-kurangnya lima puluh (50) orang ahli persatuan.

 

                           [2] Jawatankuasa pusat boleh membubarkan cawangan:

 

                                     [a] Jika bilangan ahli-ahli cawangan di dalam masa enam bulan berturut-turut kurang daripada

                                          50 orang; dan

                                     [b] Jika cawangan tidak patuh kepada undang-undang persatuan atau keputusan Mesyuarat

                                           Agong Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika difikirkan bersalah oleh Jawatankuasa

                                           Pusat kerana perbuatan yang merosakkan Persatuan.

 

                           [3] Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat

                                 Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan dengan

                                 sebab yang disebutkan di dalam perenggan (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah

                                 diberi satu kenyataan tiga puluh (30) hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab

                                 tuduhan-tuduhan.

 

                           [4]  Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agong.  Cawangan tidak boleh

                                   menjalankan aktiviti mulai dari tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan berkenaan

                                   pembubaran.  Sebarang cawangan yang muskyil atas perintah pembubaran, boleh, dengan

                                   kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agong di dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada

                                   penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agong Perwakilan.

 

                                   Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga

                                   dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang demikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu

                                   jawatankuasa pengurus dari ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal cawangan itu sementara rayuan

                                   ditimbangkan.

 

                            [5]  Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan pada perenggan (2) (a) aturan ini,

                                   maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang

                                   hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam perenggan (2) (b) aturan ini maka

                                   ahli-ahli akan terhenti daripada menjadi ahli Persatuan.

 

                            [6]  Adalah menjadi tanggungan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu

                                   menyerahkan kepada Setiausaha Agong segala buku-buku rekod, wang dan harta-harta lain yang

                                   dimiliki oleh cawangan itu berserta dengan satu keterangan kira-kira cawangan mulai daripada

                                   tarikh akhir penyata itu dihantarkan sehingga tarikh penutupan.

 

                             [7] Jika ahli-ahli sesuatu cawangan hendak keluar dari Persatuan, maka pegawai-pegawai cawangan

                                   itu dengan serta merta mestilah menyarahkan kepada Setiausaha Agong semua buku-buku, 

                                   rekod- rekod, wang dan menyerahkan keterangan kira-kira kepada Setiausaha Agong seperti 

                                   di perenggan (6) di atas.  

 

Back ] Next ]

 

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.