Artikel Remaja - Putus cinta kerana Darjat
Updated on Jumaat, 02/07/2004 by MarHazK
Putus Cinta Kerana Darjat | Makanan Awet Muda | Ujian Duga Hati Kekasih
Putus hubungan kerana darjat.
MELALUI pandang pertama, aku mengenali seorang gadis di tingkatan dua. Atas desakan rakan-rakan, aku berkenalan dengannya melalui surat.
Pada mulanya surat pertamaku tidak dilayan, sehinggalah aku mengirim surat kedua yang disertakan dengan biodata.
Aku bangga kerana tidak lagi diketawakan rakan-rakan. Persahabatan kami bukan seperti kekasih, tetapi sebagai sahabat karib.
Aku dan si dia jarang berjumpa, tetapi si dia begitu mengambil berat mengenai diriku. Aku seronok berkawan dengannya dan si dia selalu menelefon untuk mengingatkan aku supaya menjadi seorang yang baik dan tidak tinggal solat.
Apabila tiba masa si dia menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), aku selalu memberikan kata semangat dan apa juga sumbangan untuk si dia berjaya dalam pelajaran.
Aku tahu sukar berjumpa dengannya. Dua tahun persahabatan kami, aku tetap ikhlas berkawan dengannya.
Keputusan PMR si dia cukup memuaskan dan dia mengambil keputusan menyambung pelajaran di sekolah lain. Sayangnya, akulah orang terakhir yang mengetahui keputusannya. Untuk tidak mengecewakan hatiku, si dia mengajak aku keluar ke bandar. Itulah kali pertama aku keluar dengannya dan ditemani beberapa rakannya.
Apabila mendapat panggilan ke asrama, tinggallah aku keseorangan. Tidak seperti dulu, kini apabila aku ke sekolah, raut wajah dan senyumannya tidak kelihatan.
Hanya sesekali si dia menelefonku bertanya khabar dan keadaanku. Pelbagai cara ku cuba untuk bertemu dengannya, tetapi hampa. Aku selalu melihat gambar dan surat yang pernah dikirimkannya, di samping pemberiannya di hari ulang tahun kelahiranku.
Selepas hampir tiga tahun perkenalan kami, kata cinta begitu sukar untuk aku dan si dia ungkapkan, sehingga aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.
“Melihat keadaan keluargaku yang sederhana, aku berasakan aku tidak mampu mendekati gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang sempurna.
“Kami terpaksa berpisah kerana aku sedar masa depannya lebih bermakna daripada persahabatan kami.
Si dia kecewa dengan keputusanku dan menyangka aku terlalu mementingkan diri. Namun, aku bangga dengan diriku kerana dapat memberikan si dia belajar dengan tekun tanpa gangguan daripadaku.
Aku berusaha melupakannya. Kini hanya rokok menjadi teman karibku. Aku berdoa suatu hari nanti aku dapat menghentikan tabiat burukku itu.
PESANAN BUAT KEKASIH, Dunhill, Perak
End OF Page