Artikel Remaja - Ujian Duga hati kekasih

Updated on Jumaat, 02/07/2004 by MarHazK


Putus Cinta Kerana Darjat | Makanan Awet Muda | Ujian Duga Hati Kekasih


Ujian duga hati kekasih

PINTU hatiku diketuk oleh seorang jejaka bernama R. Pada mulanya aku membenci R kerana dia suka tersenyum kepadaku.

Aku mendapat tahu daripada kawan-kawanku, R menaruh minat terhadapku. Aku dan R menuntut di kelas sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.

Sifat R sama dengan ciri-ciri lelaki yang aku idamkan. Aku pula pemalu.

Aku mendapat tahu, seorang gadis menaruh minat pada R dan ini membuatkan aku benar-benar kecewa.

Aku sengaja membuat R benci kepadaku dan tindakanku berjaya.

Selepas itu aku menyesal kerana terfikir mengapa aku buat begitu, sedangkan aku menyayangi R.

Begitu cepat R mencari pengganti. Aku meminta bantuan seorang rakan untuk membetulkan keadaan yang kusut itu. M memberi nasihat kepada R supaya membuat keputusan betul.

Menjelang peperiksaan setengah tahun, aku mendapat tahu R masih menyukaiku. Aku gembira dan kalau ada kesempatan,aku ingin bertemu R untuk meminta maaf kerana cintanya aku tolak begitu saja.

Aku cuba menguji R dengan berbaik dengan seorang pelajar lelaki.

Ternyata misiku berjaya membuatkan R cemburu. Aku berdoa semoga aku dan R dapat bersama suatu hari nanti.

GADIS ARIES, Kuala Lumpur


End OF Page