KOLEKSI CERITA SERAM `PATo

     

::: Home :::   ::: Baca Cerita :::   ::: Hantar Cerita :::   ::: Gambar Seram :::   ::: Email :::

   
 
    

  KISAH KREW PENERBANGAN 2    

==================
Kisah 02: Penang (PEN)
==================
Al-Kisah peristiwa ini pernah berlaku kepada isteriku yang tersayang sewaktu beliau "Night-Stop" atau bermalam di hotel penginapan krew kita di Pulau Pinang.

Penerbangan yang dikendalikannya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tidaklah sibuk sangat. Kapal tersebut mendarat tepat pada pukul 12:05 pagi. Setibanya di balai ketibaan beliau telah bersetuju untuk berkongsi bilik kembar bersama seorang pramugari yang bergelar TT. Bilik kembar tersebut merupakan dua buah bilik yang berlainan, tetapi dihubungkan dengan pintu sebelah menyebelah yang boleh dibuka untuk "menyambungkan" kedua-dua bilik berkenaan. Bilik sebegini amat popular di kalangan krew, terutama sekali apabila bermalam di hotel-hotel yang mempunyai "ceritanya" yang tersendiri. Tetapi alangkah malangnya, sesetengah makhluk itu tidak mengenal atau menghiraukan bilangan orang yang bakal diusiknya.

Malah sesampainya di bilik mereka di tingkat 18 tersebut, isteriku dan TT masing-masing membuka pintu penghubung bagi melegakan rasa seram yang menyelubungi diri apabila melangkah masuk ke dalam bilik hotel itu. Berikut adalah pengalaman isteriku dalam kata-katanya sendiri..

"Setelah melepaskan penat aku mencapai tuala yang berada di dalam bilik mandi dan terus membersihkan diri. Setelah selesai mandi aku tiba-tiba dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam naluri ini, sebelum keluar dari bilik air. Tapi pada tanggapanku, ini mungkin perasaan aku sahaja lalu keluar dari situ. Diriku tersentak seketika kerana mendapati pintu yang cuba dibuka itu tidak bergerak langsung dari posisi tertutupnya. Fikirku mungkin TT saja-saja hendak mempermainkan aku pada waktu itu. Akan tetapi tenaga yang menarik pintu itu amat luar biasa berbanding tenaga seorang perempuan, lebih-lebih lagi diri kami yang penat bertugas dari petang tadi hingga ke lewat malam. Fikiranku terbantut seketika lalu aku duduk di tab mandi dan berdepan dengan cermin muka. Dalam hati ada jugak terasa kelakar sebab aku tak percaya yang aku terkurung dalam bilik mandi, hemmm..telefon pun tak ada".

"Beberapa minit kemudian aku cuba mengetuk pintu dari dalam sambil memanggil TT - sampai nak terkeluar anak tekak dibuatnya! Namun tidak juga berhasil. Dan pintu berkenaan....masih tidak boleh dibuka. Aku mula panik memandangkan semua usaha untuk membuka, mengetuk & memanggil tidak menjadi. Tidak lama kemudian bulu romaku tiba-tiba saja tegak berdiri seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku cuba menenangkan diri dan membaca di dalam hati beberapa potongan ayat suci Al-Quran yang terlintas di fikiranku. Tanpa membuang masa aku mencuba nasibku kalau-kalau pintu yang akan aku buka ini mahu berganjak. Dengan perlahan-lahan aku memulas tombol dan menarik pintu itu. Dengan berkat dan kuasa Allah SWT, Alhamdulilah pintu berkenaan berjaya aku buka dengan begitu mudah sekali".

"Setelah berjaya keluar, aku terus masuk ke bilik TT dan melihat dia begitu asyik menonton TV. Aku terus menceritakan apa yang telah terjadi kepadaku sebentar tadi tetapi lain pula jadinya di luar semasa aku terkunci. Menurut TT dia ternampak aku berulang-alik dalam bilik dengan memakai sepasang baju tidur berwarna putih dengan kepala di dililit tuala. Yang peliknya pada waktu itu aku cuma memakai tuala, sehelai kemeja-t dan "shower cap". Keadaan menjadi bertambah bingung apabila TT mengujar "Eh...siapa yang aku nampak tadi kalau bukan kau". Degupan jantung aku bertambah kencang, mungkin begitu juga dengan TT. Tanggapan aku mungkin makhluk yang ada di sekitar bilik berkenaan tidak senang dengan kehadiran aku di sini, dan sebelum ia menampakkan wajahnya yang sebenar lebih baik aku pindah dari sini. Lalu aku berkemas dan tidur di bilik TT dengan menutup pintu bilik kembar itu"...

 

      Cerita Seram      

     Gambar Seram     

     Link-Mengelink     

                               

 

 

   
 

Copyright Cyberfly® 2001