"Death Metal Rules!!".. Ungkapan yang sangat popular suatu ketika dulu dikalangan pemuzik -pemuzik Death Metal, ianya menggambarkan bahawa Death Metal akan terus bertahta selama-lamanya di dalam muzik metal. Death Metal merupakan cabang awal muzik "Ekstrem Metal"yang dipecahkan dari titik permulaannya iaitu Heavy Metal.
Tidak ada seorang pun yang dapat memberikan takrifan yang tepat bilakah sebenarnya Death Metal wujud. Ada sesetengah pendapat muzik Death Metal berakar umbi dari kumpulan-kumpulan lagenda seperti Venom, Motorhead, Black Sabbath dan Slayer. Ada pendapat lain pula yang mengatakan Kumpulan Thrash seperti Slayer, Sepultura, Kreator dan Bathory adalah generasi pertama Death Metal.
 VenoM ( pelopor Black MetaL )
|
|
Pendapat lain pula mengatakan Death Metal adalah lanjutan atau jelmaan muzik Thrash Metal yang diekstremkan lagi. Menurut Satu lagi teori Death Metal tercetus serentak bersama sama muzik Thrash Metal, kalau kita gabungkan kesemua pendapat tersebut sememangnya menampakkan satu kebenaran tentang genre "Death Metal!", secara rasminya Death Metal lahir pada tahun 1983 tetapi kategori ini masih berkait rapat dengan muzik Thrash metal!.