<< Imej dan Sound dalam Metal >>


black sabbath!!black sabbath!!



Kemunculan kumpulan-kumpulan baru menghangatkan lagi suasana dan trend yang baru sahaja bertapak.Pakaian pemuzik Thrash Metal pada permulaanya ialah memakai jaket dan seluar kulit,kadangkala jaket kulit dilapikan dengan jaket jeans yang dipotong lenganya,spikes,tali pinggang peluru,t-shirt tak berlengan dengan design hitam putih yang simple dan kadang kala hanya dengan logo atau tulisan nama kumpulan itu sahaja pada baju.jaket jeans yang dipotong lenganya sangat popular dan ditampal penuh dengan patches.Seluar ketat juga adalah satu trend,begitu juga rantai Antichrist dan pentagram.Selain kasut converse,kasut-kasut sport hi-cut seperti Adidas fesyen lama yang ada jalut tiga,kasut Reebok dan bermacam-macam lagi jenis kasut sport menjadi kegilaan pada masa itu.

Rambut mereka panjang tetapi bahagian depan dipotong tidak melebihi mata.Semua ini cukup popular diawal dan pertengahan 80'an.Tetapi selepas tahun 86,kumpulan besar seperti Slater meninggalkan imej spike dan penampilan agresif,mereka bertukar menjadi simple.Begiti juga dengan lirik lirik mereka turut berubah.Kalau sebelum ini penulisan lirik ditekan kepada aspek fantasi dan satansm,occultism,mythology tetapi bertukar kepada lirik yang bertemakan peperangan,sosial,politik,berunsurkan sense of humor anti dadah,alkohol,lucah,akan tetapi lirik yang berunsur lama(satansm)masih lagidijadikan sumber inspirasi.

Dengan penampilan lirik dan imej yang bersih menampakan pemuzik sudahpun matang,kumpulan metal tidak sepenuhnya meninggalkan imej spike,dan berpakaian kulit.Imej ini masih lagi menjadi ikutan terutama sekalipemuzik underground.Slogan seperti 'Ultimate revenge 'Thrash till death dilaungkan untuk membakar semangat.Malah tajuk ini juga menjadi tema untuk lagu seperti dalam album Tankard dan whisplash menggunakan tajuk ini untuk demo mereka.Thrash meta wujud didalam arus perkembangan muzik Heavy Metal dan ounk.Diawal pembentukan muzik Thrash Metal ianya masih dibayangi oleh Heavy Metal.Suasana muzik thrash metal juga tidak lari ajuh dari heavy metal.Thrash Metal menekan melodi serta keagresifan,kelajuan dan tidak terlalu teknikal seperti sekarang,rhytm yang laju,tempo yang bertukar serta solo-solo laju tidak seperti solo heavy metal yang lebih mementingkan melodi.

Jika nadi kumpulan heavy metal terletak pada solo dan suara penyanyi,Thrash Metal dengan keagresifannya.Tradisi heavy metal tetap diteruskan dalam thrash metal dimana setiap cover album akan ada gambar yang berunsur puaka,hantu dan syaitan yabg menjadi maskot untuk sesuatu kumpulan contohnya eddie untuk maskot Iron Maiden.Ini boleh dilihat dengan jelas dicover album seperti Helloween,sodom,Slayer,Kreator dan banyak lagi.Sound juga amat berlainan diantara satu band denga band yang lain dan sememangnya pemuzik thrash metal mengutarakan muzik yang lebih berat dan bising dari heavy metal.Untuk mendapatkan muzik yang bagus pemuzik thrash metal menggunakan alat muzik yang terkenal seperti B.C Rich,Jeckson,Ibanez dan Kramer.Drum set mereka menggunakan jenama Tama dan Sonor kerana kepaduan bunyinya.Pemain gitar thrash metal juga mula menjadi idola baru kepada generasi muda contohnya,pemain gitar mantas(Venom) Kirk Hammet(Metallica),Jeff Hanneman/Kery king(Slayer) Frank Blackfire(Sodom),Kai Hansen(Helloween,Mike(Destruction),Andy La Rocque(king diamond) dan banyak lagi.Ketangkasan,teknik,corak permainan,gaya dan skill mereka menjadi ikutan.Pemain drum yang digilai ramai satu ketika dahulu ialah Dave Lombardo dari Slayer.semua orang mahu menjadi sepertinya.

judas priest!!



Pada saya seorang pemain drum yang unggul yang patut dikenang ialah Brain dari kumpuilan Wehrmacth.Cara permainannya boleh didengar dalam dua album 'Shark attack' 87 dan 'Biermacth' 88,sebelum mereka berpecah dan separuh dari mereka menubuhkan kumpulan Spazztic blurr.Pukulan drum Brain cukup ribut terutama sekali dalam album 'biermacth'.Selain pemain bass seperti Cronos(Venom),Tom Angelripper(Sodom),Tom Arraya(Slayer),dan Schmier(Dectruction),dan Liker juga adalah salah seorang pemain bass yang bagus.Liker pada mulanya bermain bass untuk kumpulan Anthrax dalam albumpertama mereka 'Firstful of metal' ditahun 83,selepas ke;uar dari kumpulan itu liker menubuhkan kumpulan Nuclear Assault pada tahun 84.Kumpulan ini lebih agresif dari kumpulan lama beliau dan semestinya satu kumpulan Thrash Metal.Dipertengahan 80'an Liker bersama-sama Scott dan charlie benante pemain gitar dan drum Anthrax serta billy milano vokalis M.O.D menubuhkan Crab Society North.Kumpulan ini menghasilkan satu demo dan menukarkan nama mereka kepada S.O.D atau nama penuhnya Stormtroopers of death.

Bersama-sama kumpulan ini mereka merakamkan album berjudul'Speak English Or Die'pada tahun 85,dan liker bukan sahaja bermain bass tetapi banyak menjadi tulang belakang serta banyak mencipta lagu unutk bandnya.Selepas bersama Nuclear Assault untuk sekian lama Liker telah menubuhkan satu kumpulan baru yang cukup bagus iaitu Brutal Truth pada tahun 90 dan kekal sehingga kini.Salah satu kelebihan Liker ialah bermain bass dengan menggunakan distortion.Salah seorang pemain bass terawal Thrash Metal yang tidak bermain bass dengan hujung jari,tetapi menggunakan pick dengan laju dan tidak menggunakan 'low key' pada bass gitarnya seperti pemain gitar yang lain.Selain Liker,Blakie (pemain bass Voivod) juga bermain dengan distortion.Inspirasi sebegini tentulah telah dibuat terlebih dahulu oleh pemuzik heavy metal seperti Steve Harris(Iron Maiden) dan Lemmy(Motorhead).Penggunaan suara kasar datangnya dari album yang mempunyai backing vokal yang garau.Kumpulan yang mula menggunakan backing vokal ialah seperti Bathory,Tormentor,DarkAngel Death dan banyak lagi.Vokalis boleh dikatakan pada waktu itu mempunyai suara yang lain dan berbeza dengan setiap band-band yang lain.Ini bukan sahaja dalam kumpulan Thrash Metal tetapi merangkumi seluruh metal scene yang berada diera 80'an.

Ramones!!



Pembacaan lirik laju telah dimulakan oleh Slayer dalam album 'Hellawaits'.Sebelum ini pembacaan lirik dengan laju dimulakan oleh kumpulan punk yang menyanyi dengan keadaan marah.Nma-nama samaran juga digunakan contohnya seperti ahli kumpulan Venom,Sodom,Aggression,Voivod dan banyak lagi yang menggunakan nama pelik dan sebahagiannya diambil dari lagenda dan mitos.Pemuzik Thrash Metal juga mendapat inspirasi penulisan lirik dari buku-buku seperti necronomicon,The satanic Bible,World war3.filem-filem seperti 'evildead',Hellraiser,Necronomicon,die hard juga dijadikan sumber inspirasi.Venom,Slayer,Metallica,Bathory dan Celtic Frost adalah lima kumpulan ekstrim metal yang paling berpengaruh didunia.Mereka adalah sumber inspirasi untuk ribuan kumpulan metal ditahun 80'an dan 90'an.Album-album mereka menjadi ikutan seperti'Black Metal'(Venom)'Reign In Blood'(Slayer)'Master Of Puppets'(Metallica) dan 'To Mega Therion'(Celtic Frost).Melalui album ini pemuzik baru mengambil sumber inspirasi dan menjadikan asas untuk muzik mereka.






logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net