<< Imej dan Sound dalam Metal >>




Lazimnya kumpulan Thrash Metal dianggotai oleh empat atau tiga orang kebawah dimana penyanyinya akan bermain gitar atau bass sambil menyanyi.Ada juga yang menyanyi sambil bermain drum dan tak kurang juga lima anggota.Ada orang kata metal bukanlah satu'Life Style',betulkah metal bukan satu cara hidup?Jika punk adalah satu gaya hidup,bagaimana pula dengan metal.Pada dekat 80'an dibarat masyarakat serta pihak media masa menggambarkan cara hidup peminat metal ialah penuh dengan dadah,sex bebas,arak dan berambut panjang.Kesimpulanya,dinegara barat Thrash dan metal adalah satu gaya hidup,tetapi tidak di malaysia kerana kita menganuti agama Islam dan kita ada batas sempadan serta garis panduan berdasarkan alsunnah dan al-quran,tidak seperti disana,golongan kafir yang bebas tanpa pegasngan hidup .Bukan semula muzik metal adalah negatif,ada banyak yang positif seperti kumpulan yang berkonsepkan 'white Metal.Jangan salah anggap saya bukanya membela orang-orang kafir barat disana.

Selain ditakrifkan sebagai Speed Metal,Tharash Metal juga dikenali sebagai Black/Thrash Metal.Perkataan Black adalah untuk menggambarkan tentang lirik-lirik mereka seperti (Satansm) dan Thrash Metal untuk muzik yang mereka mainkan.Jadilah ia Black'Thrash Metal,selain itu juga ia digunakan suatu ketika dahulu berdasarkan campuran muzik Thrash Metal dan Black.Contohnya seperti Venom'show No Mercy' Bathory'Bathory' Sodom'In The Sign Of Evil'.Taktala pertengahan 80'an ditengah-tengah irama Thrash Metal memuncak masing-masing menunjukkan keagresifan,keganasan muzik masing-masing.Mereka mahu mempamerkan muzik,imej dan lirik seganas yang boleh.Lirik yang ditulis dalam bentuk yang paling ekstrim dan ngeri.Penampilan dengan Spike dan kulit satu badan ,muka diconteng dan gambar-gambar yang diambil dengan bermacam macam style.Muzik dimainkan dengan seganas yang boleh.Pendek kata semuanya mahu menjadi yang paling brutal segala-galanya.Mereka mencuba pelbagai rentak metal yang dicampuradukan.

Ianya sungguh unik dan kadangkala susah untuk dikategorikan muzok mereka ini sama ada Thrash,Death,Power metal atau sebagainya.Sungguh Kreativ.kumpulan Thrash Metal yang advance banyak melahirkan album-album unik yang ada kelainan di ketika era Thrash Metal dan seterusnya menjadi 'roots' untuk muzik meteal pada hari ini.Contohnya Celtic Frost album 'In To Pandemonium pada tahun 87.albun kedua mereka yang menggunakan suara perempuan opera ,instruman klasik,orkestra dan koir yang dimasukkan kedalam album ini.Album dari Candleemass seperti'epicus Domicus Metallicus' 87,The Ancient Dreams 88 dan Tales Of Creation'89 memaparkan corak muzik doom metal yang melankolik.Selain itu album Atheist'Peace of time'88(Tecno Thrash Metal),Napalm Death'scum'87(grindcore)Possessed'Seven Churches'85(Thrash Metal) S.O.D 'Speak English Or die'(Campuran metal core) wWarlord'And The Cannon Of Destruction Have Began'(Speed metal).Banyak kumpulan diera ini membuat experimen dalam muzik mereka istilah deaththrash adalah cukup popular.Muzik thrash dan death digabungkan menjadi satu iaitu deaththrash.muzik metal juga digabungkan dengan muzik hardcore,speedcore,dan didefinasikan sebagai metalcore.Muzik thrash metal juga digabungkan juga dan menjadikan satu iaituThrash core.ditengah kepesatan irama thrash metal dengan cengkaman nya,muzik-muzik baru juga dibentuk seperti Gridcore,bermulanya akar umbi muzik grindcore dari kumpulan Mob 47,Revebge Of The war,Neos,Alarm dan lain-lain.

Grindcore dimulakan oleh Napalm Death,dan ianya berasal dari muzik punk.Seperti juga metal yang dipelbagaikan diera 80'an,punk juga demikian.selepas generasi punk pertama pada tahun 70'an diera 80'an punk dipelbagaikan.Muncullan Hardcore,Industrial,Grindcore,Noisecore dan Speedcore.Campuran muzik thrash dan hardcore dipanggil crossover,dipelopori oleh kumpulan D.R.I,Sacred Reich,gang Green,S.O.D,M.O.D,C.O.C.Chro-mag.Agnostic Front,Circle Jerks.Pengaruh irama hardcore dalam muzik thrash metal adalah dari kumpulan punk/hardcore seperti Explioted,Dead Kennedeys,G.B.H,Bad religon,discharge,BlackFlag dan banyak lagi.Peminat metal dipertengahan 80'an mempunyai sifat yang berbeza tidak seperti sekarang.Kebanyakkan dari mereka tidak berfikiran terbuka dan hanya mendengar muzik metal sahaja.Mereka tidak sedar muzik thrash metal mempunyai pengaruh yang kuat dari muzik punk/hardcore.diketika itu semasa irama thrash metal masih baru,peminat thrash metal sangat membenci golongan hardcore dan skinhead.begitu juga dengan golongan hardcore,mereka sangat membenci golongan pengikut thrash metal.Diskriminasi muzik ini juga menyebabkan tidak ada konsert thrash metal yang bergabung dengan muzik punk/hardcore dan sebaliknya.

Keadan ini tidak seperti hari ini.kumpulan S.O.D banyak menyatukan peminat thrash dan hardcore didalam gig mereka kerana muzik mereka adalah campuran muzik metal dan core.Venom dikatakan kumpulan hardcore diketika awal kemunculan mereka disebabkan pengaruh punk yang sangat terserlah dalam muzik mereka.Dengan satu tradisi yang dimulakan oleh Venom kumpulan seperti Slayer,Kreator dan Sepultura menggabungkan element Hardcore kedalam muzik thrash metal.Disuatu ketika dahulu dipertengahan 80'an istilah hardcore-metal telah digunakan untuk pengketegorian oleh pemuzik thrash dan metal yang mencampurkan pengaruh hardcore dalam muzik meeka.Venom,Voivod dan Celtic frost pernah dikategorikan sebagai hardcore metal.Kumpulan thrash metal Exodus juga pernah mengeluarkan satu album bootleg bertajuk'hardcore metal'.ini bukan sahaja pengaruh didalan muzik mereka,tetapi kumpulan thrash metal seperti Voivod,cara dan gaya persembahan mereka sangat dipengaruhi oleh punk.Gig mereka ala punk,ini tidak dapat dinafikan.Celtic frost digelar hardcore metal bukan kerana beatnya tetapi sebenarnya Celtic Frost mewarisi tradisi doom metal dan Atmospheric dari raja heavy metal didunia iaitu Black sabbath.

ini boleh dilihat dalam album awal Celtic frost.Beat yang dibuat oleh celtic frost berbau hardcore tetapi ianya adalah beat doom metal.Tidak dapat dinafikan kumpulan thrash metal juga menyumbang kearah perkebangan muzik hardcore.kumpulan thrash metal juga bertanggungjawab dalam mempopularkan muzik hardcore.Selepas pertengahan 80'an,muzik thrash metal diadvancekan lagi dari segi lagu,sound,susunan muzik,riffing gotar untuk membentuk muzik deathm metal,dalam erti kata lain Thrash metal dilajukan selaju yang boleh.death metal menjadi satu muzik underground dan diminati oleh golongan underground.tetapi death metal masih lagi ditakrifkan lagi sebagai thrash metal.selari dengan kemunculan death metal,thrash metal seakan hilang taringnya pada lewat 80'an dimana cengkaman death metal mula memasuki underground scene.thrash metal tetap tidak hilang popularitinya dimana ianya semakin mendapat tempat .Pada lewat 80'an thrash metal seakan bertukar kepada normal dengan kemunculan album baru dari Anthrax,Testament,exodus.tidak seperti awal kewujudan thrash metal yang begitu extreme dari segala segi.Tetapi kumpulan underground death/thrash metal masi lagi mengekalkan tradisi. Kumpulan yang besar seperti Slayer lebih menuju kearah kormesil.Thrash metal pada lewat dan penghujung 80'an tidak mati,tapi seakan-akan pudar bila death metal mul;a menguasai.Dominasi muzik death metal 80'an adalah tertumpu kepada pengikut underground kerana Black dan death metal adalah muzik underground dan ianya masih belum dikormersilkan lagi seperti hari ini.









logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net