<< Rator >>





Lazimnya iklim muzik tanahair lebih memihak kepada faktor klimaks kegemilangan penggiat seni. Apa tidak lazimnya apabila seorang itu jatuh tersungkur dihalamam kemalapan, saat kegemilangan mereka yang lalu terus beredar seperti angin-angin yng berderai entah kemana. Itulah namanya adat di dalam medan hiburan tanahiar tetapi tidak bagi gagasan perjuangan muzik Underground tempatan.Industri muzik tanahair mendung seketika sebelum kedatangan kepulan-kepulan awan menbawakan 'demam' muzik Rock/Heavy Metal! Apabila muzik tempatan dipeteri deman Rock/Heavy metal, negara kita dihujani dengan kumpulan yang bermain muzik jenis itu.

Mereka mula membanjiri medan muzik tanahair, maka bermulalah industri muzik tempatan tertumpu kepada perkembangan muzik Rock seterusnya perhatian yang lebih telah diberikan. Di atas permukaan kumpulan kumpulan Rock/Heavy Metal yang sedang membanjiri dan ditenggelami dengan populariti yang memabukkan, suhu muzik tanahair kita dilanda 'ribut' yang lebih dahsyat dari Rock/Heavy Metal. 'Ribut' yang dimaksudkan ialah irama Thrash Metal yang sedang menggila dibarat mula mendarat di negara kita. Kumpulan-kumpulan barat seperti Slayer, Venom, Metallica, Megadeth mula dipuja serta gaya mereka ditiru. Selari dengan kumpulan underground tempatan telah mula ditubuhkan dimana-mana boleh dikatakan hampir diseluruh negeri di Malaysia ditakluki muzik Thrash Metal!! Kumpulan-kumpulan tersebut telah wujud di era '80an. Mereka adalah Blackfire(Perlis), Punisher(Kuala Lumpur), Nemesis(Kedah), Vulga(Perak), Colourfull Bullet(Penang), Slapdeath(Kelantan), Waitdeath(Pahang), Dark Power(Sabah), P.R.O.V(Terengganu), Betrayer(Johor), Senseless Death(Sarawak) dan Rator(Selangor).



Dua orang lagenda pejuang Thrash Metal Malaysia!!
Rator 1988

Shah Jahan dan Roslee Hassan


Rator, kumpulan terakhir yang disebutkan adalah salah sebuah aktivis kumpulan Underground tempatan ynag cukup aktif dalam pergerakkan Underground ditahun '80an. Obor kumpulan ini dinyalakan pada tahun 1987 oleh empat orang pemuda selangor yang dahagakan muzik Thrash Metal! Anggota asal Rator adalah Shah Jahan (vokal), Roslee Hassan (gitar), Ogy (bass) dan Hamid (drum). Mereka bermula di ketika mereka berempat masih lagi menuntut disekolah menngah.

Diperingkat permulaan Rator membawakan lagu-lagu cover dari S.Y.J, Venom, Bathory, Sodom dan Celtic Frost! Nama Rator tidak membawa apa-apa pengertian.. di awal tahun 1988, apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, kumpulan ini menjadi lebih aktif dan mula berlatih dengan kumpulan-kumpulan Underground veteran yang lain seperti Punisher dan Nemesis. Rator berkongsi tempat latihan yang sama dengan mereka iaitu di studio Hellio, Medan Mara. Ahli-ahlinya mengidupkan Rator dengan seribu, mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menggerakkan Rator. Mereka cuma menggunakan apa yang terdaya untuk mereka supaya dapat melepaskan gian bermain muzik. Rator di waktu itu seperti jusa kebanyakkan kumpulan Thrash Metal tempatan yang lain seperti Nemesis, Punisher, Slapdeath, Merciless Death dan lain-lain lagi hanya memainkan lagu-lagu cover sahaja. Pada penghujung tahun 1998 pemain bass Rator, Ogy mengambil keputusan untuk meninggalkan Rator! Sepeninggalan Ogy sebagai bassis telah diambil alih oleh Shah Jahan dan posisinya terus berperanan sebagai bassis/vokalis Rator. Pengunduran Ogy kemudiannya telah menubuhkan sebuah kumpulan Thrash Metal baru bernama 'Voices' bersama Bart Rulshah yang kemudianya menganggotai kumpulan 'Carburator Dung' dan 'Tormentor'. Voices kemudian bersama-sama Picagari (sebuah band lagenda di dalam arena Underground tempatan) mengadakan konsert di Sungei Wang pada lewat '80an. Selepas itu Voices berpecah ..... Seterusnya pada tahun 1989 Hamid mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Lee Space yang merupakan bekas pemain




Rator bersama-sama pengikut-pengikut setianya!!
Rator sewaktu di zaman kegemilangan mereka..








logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net