:: Malaysian Unity Secretariat II
Untuk ditangga kitak semua...
:: muka depan      |     :: keluar   
muqaddimah
objektif
penganjur
bayaran
pakej (pakej B)
tentatif

Pakej A

Program Celik Komputer

Program ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar darjah 3-5 dari sekolah-sekolah dan kampung-kampung yang berdekatan.Objektif utama adalah untuk memberikan gambaran yang jelas terhadap peri pentingnya kefahaman dan pengetahuan mengenai komputer. Insya Allah program ini dijangka mampu mencelik lebih kurang 300 orang pelajar tentang komputer.

Program Pemimpin Muda

Program ini diaturkan untuk para pelajar tingkatan 4. Mereka akan didedahkan dengan pengetahuan selain pengalaman yang mendalam bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin pelajar yang berkualti. Di akhir program, adalah dijangkakan para pemimpin pelajar ini akan dapat memahami konsep sebenar perjuangan manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

Program Latihan Nasyid dan Percussion

Para peserta program ini adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini akan mendedahkan para peserta dengan teknik-teknik yang betul dan terbaik dalam persembahan nasyid.

Program Motivasi UPSR, PMR dan SPM

Para peserta adalah daripada kalangan pelajar darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Konsep program adalah berbentuk motivasi selain memberikan tips-tips berguna yang pernah digunakan oleh para mahasiswa dalam mengharungi peperiksaan. Selain itu, para peserta juga akan didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Malam Kebudayaan Islam

Malam kebudayaan Islam adalah sebagai salah satu program istirehat kepada semua yang terlibat setelah bertungkus lumus bekerja seharian. Selain itu, ia juga sebagai wadah untuk mempergiatkan seni kesenian Islam yang syumul.

Ceramah Kesihatan Wanita

Ceramah ini akan disampaikan oleh wakil dari Kementerian Kesihatan. Topik perbincangan adalah lebih berkisar kepada permasalahan kesihatan wanita seperti kanser payudara, osteoporosis, sakit puan dan sebagainya. Tujuan utama adalah untuk memberikan pendedahan serta kefahaman tentang langkah-langkah pencegahan kepada golongan wanita luar bandar.

Bengkel memasang komputer

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kursus pemasangan komputer yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat perniagaan biasanya mengenakan bayaran yang agak tinggi. Oleh itu, pihak penganjur mengadakan bengkel ini sebagai satu daripada agenda bagi memberi peluang kepada belia-belia lepasan sekolah atau orang perseorangan mendalami ilmu perkomputeran. Dalam bengkel ini, peserta akan diajar oleh mahasiswa yang berkemahiran dalam pemasangan komputer seperti bagaimana untuk menyediakan sebuah komputer peribadi. Program ini dijangka mampu meningkatkan kadar penggunaan komputer dalam meneruskan saranan kerajaan menerusi kempen satu rumah satu komputer. Selain itu, ia jugamemberi peluang perniagaa kepada peserta untuk mengusahakan perusahaan pemasang komputer di rumah.

Kajian Tempatan

Pihak penganjur akan mengadakan satu kajian tempatan berkenaan taraf hidup serta taraf pendidikan di sesebuah tempat. Kajian ini bertujuan membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti kemasalahatan selain cuba mendapatkan maklum balas terhadap usaha pembangunan yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Gotong-royong

Aktiviti gotong-royong ini adalah sebahagian daripada projek kemasyarakatan yang dijalankan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat tempatan. Antara tempat-tempat yang telah dikenalpasti ialah masjid, tanah perkuburan serta taman-taman permainan kanak-kanak.

Perlawanan Persahabatan dan Sukaneka

Dalam usaha meningkatkan hubungan baik di kalangan mahasiswa dan masyarakat, penganjur akan mengadakan program sukaneka dan perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan seperti bolasepak antara penduduk kampung dan mahasiswa dijangka mampu mengeratkan jalinan kemesraan di kalangan mereka yang terlibat. Selain iu, program sukaneka  seperti tarik tali, menganyam ketupat dan pelbagai lagi adalah antara acara yang akan dijalankan dalam sukaneka.