:: Malaysian Unity Secretariat II
Untuk ditangga kitak semua...
:: muka depan      |     :: keluar   
muqaddimah
objektif
penganjur
bayaran
pakej (pakej A)
tentatif
Pakej B – Baktisiswa

Satu program baktisiswa akan diadakan di Bintulu. Program berkonsepkan ‘Homestay’ ini akan melibatkan mahasiswa-mahasiswa dan keluarga-keluarga angkat. Dalam program ini, mahasiswa dan mahasisiwi akan diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Selain daripada menjalankan program-program seperti yang terdapat di dalam pakej A, terdapat juga beberapa program tambahan seperti yang tercatat di bawah.

Sesi Taaruf bersama Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung (JKKK)

Sesi taaruf ini bertujuan menyemai hubungan kukuh dikalangan mahasiswa dan penduduk kampung selain mengetahui selok-belok dan adat resam masyarakat setempat. Hubungan yang amat erat dengan JKKK yang mewakili penduduk kampung ini amat penting kerana ia bakal membantu dalam menyelaraskan program yang akan dijalankan.

Debat Muhibbah

            Debat Muhibbah ini adalah sebagai satu usaha pembangunan intelektual serta minda masyarakat. Debat antara Mahasiswa UIAM dan UPM cawangan Bintulu ini dijangka mampu memberikan satu impak baru dalam mematangkan masyarakat dengan bentuk penyelesaian perbezaan pendapat dalam cara yang lebih berhikmah.

Mini Forum Perdana

            Mini Forum Perdana Ehwal Islam ini adalah salah satu usaha pihak penganjur dalam memberi pemahaman yang mendalam mengenai Islam dan isu-isu semasa berkaitan Islam. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah selaras dengan kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pihak penganjur akan berusaha  menjemput penceramah-penceramah yang berkualiti seperti Prof. Madya Dr. Sidek Baba dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Lawatan ke Gua Niah

            Gua Niah telah diketahui umum sebagai antara penempatan awal masyarakat Paleolitik di Asia Tenggara dan merupakan antara tempat tumpuan pelancongan di Negeri Sarawak.  Lawatan ke gua ini dijangka akan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai warisan sejarah ini.

Malam Impian Kasih

            Malam Impian Kasih ini adalah sebagai malam kebudayaan untuk program baktisiswa ini. Pada malam ini, para peserta akan mempersembahkan persembahan-persembahan menarik yang berteraskan Islam bukan sahaja sebagai hiburan malah sebagai teladan.