Assalamualaikum
warahmatullah dan salam sejahtera. Bulan Mei sudah menjelma. Namun tidak banyak bahan yang dapat dikemaskini kerana kehidupan yang mencukai waktu dan tenaga. Diharap anda masih dapat lagi bersabar kerana laman ini dibina bukan untuk dalam jangkaan waktu yang pendek, moga-moga sehingga umat Melayu masih ada.
Sempena bulan Mei ini, kami telah memindah naik banyak sajak khas untuk Hari Guru yang jatuh tanggal 16 hari bulan pada saban tahun. Semoga para pelajar dapat mendedikasikan sajak-sajak tersebut buat guru-guru yang tersayang. Laman tersebut boleh dicapai di sini.
Kepada mereka yang sering tertanya-tanya bagaimana
untuk mengirim karya mereka ke sini, semoga dapat menggunakan ruang
sumbangan, atau hantarkan terus
ke alamat sajak29@yahoo.com.
(Kemaskini terakhir 10 Mei 2002)
Mengenai laman ini... Laman ini terbahagi
kepada beberapa bahagian utama iaitu:-
- Bahagian Puisi Klasik akan memaparkan puisi-puisi
dahulu yang terdiri daripada pantun, syair, seloka dan, gurindam.
Bentuk-bentuk puisi inilah yang menjadi sumber kekayaan khazanah
budaya kita. Manakala Puisi Moden menyentuh tentang kehadiran
puisi-puisi yang semakin menyimpang dari bentuk tradisional. Sajak-sajak
ini kebanyakannya ditulis oleh para penulis semasa. Seterusnya,
Swakarya memaparkan karya-karya peribadi yang dinukil oleh pelaras
laman ini. Dan bahagian terakhir, Sumbangsih membolehkan anda
untuk menghantar karya-karya milik anda pula untuk dimuatkan di
laman ini.
|