Pulang Asal Sila tandatangan Lihat Buku Tetamu Lama Lihat Buku Tetamu E-surat






clik di sini
Apakah itu Jin?
Awal Penciptaan Jin
Kehidupan Jin / Syaitan
Tempat Tinggal Jin
Kerajaan Iblis
Nama-Nama Jin

clik di sini
Pengertian Sihir
Puncanya Ilmu Sihir
Ahli Sihir dan Jin
Perjanjian dengan Jin
Cara Memanggil Jin

clik di sini
Patung / Santau / Telur
Tangkal & Azimat
Sihir Pembenci
Mengatasi Sihir
Saka ( Keturunan )

clik di sini
Ilmu Cara Menuntut
Pemujaan Jin / Syaitan
Mantera Memuja
Cara menjadi Ahli Sihir
Peralatan Pemujaan

clik di sini
Sihir di dalam Tubuh
Kaitan Suami & Isteri
Mengusir Jin
Usir Jin dalam Rumah

clik di sini
Waktu Tidur & Sedar
Gangguan & Tandanya
Penyebab Gangguan
Perlindungan Gangguan

clik di sini
Sifat-Sifat Perawat
Ayat-Ayat Ruqyah
Cara Menghadapi Jin
Perlakuan Jin

clik di sini
Semasa Hidup
Di saat kematian
Diwaktu Kematian
Pantang Larang

clik di sini
Dalam Perubatan
Orang Yang Berubat

clik di sini
Tanda Jin digunakan
Bomoh Makan Upah
Cara Penganiyaan
Kesan & Akibat

clik di sini
Mengingati Mati
Dialog dengan Jin

clik di sini
Sejarah Perkembangan
Ajaran Sesat di S'pura
Petikan dari Akhbar
Ilustrasi dan Rajah

clik di sini
Soalan & Jawapan
Nasihat Islami
Hakikat Sebenar











KATA PENGANTAR
Assalamualaikum w.r.t........... Selamat melungsur ke lelaman BomohOnLine. Di lelaman ini mengandungi maklumat penting ( secara ringkas dan mudah difahami ) mengenai Kebesaran Allah s.w.t......kekufuran dan kesesatan manusia dan apa saja jua mengenai Jin, Syaitan, Iblis, Ilmu Sihir dan sekutu-sekutunya. Asal-usul mereka, perbuatan mereka, kerajaan mereka dan lain-lain lagi, termasuk cara pengubatan untuk menghalau atau membunuh mereka dengan cara pengubatan Islam menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an, Sunnah dan Hadith.

Matlamat saya membina lelaman ini ialah untuk memberi penerangan dan sedikit sebanyak nasihat sebagai teladan dan sempadan tentang makhluk-makhluk yang terkutuk ( terkecuali Jin - tidak semua jin kafir, ada jin Islam yang mengikut perintah Allah S.W.T. ) di sisi Allah S.W.T. dan betapa bahayanya jika anda mengamalnya dalam apa jua cara sekalipun mahu memuja atau bersubahat dengan Ahli Sihir.

Jika anda ada apa saja artikel, gambar, cerita, pendapat atau pengalaman anda sendiri, haraplah kita dapat kongsi bersama dan akan saya siarkan di ruangan "KISAH BENAR" ataupun di mana-mana saja ruangan yang saya fikir baik. Dan segala keterangan diri anda dan juga siapa saja, akan dirahsiakan kecuali anda ingin menyiarkannya. Sumbangkanlah di lelaman ini supaya ia akan menjadi lebih menarik. Tetapi harap diingatkan, semua cerita dan pengalaman yang akan disiarkan seharusnya benar, kerana saya tidak mahu ada cerita yang mendatangkan fitnah.

Semua cerita dan artikel di lelaman ini adalah hasil informasi yang diberikan oleh Ustaz dan Ahli Pengubatan yang berpengalaman dalam bidang ilmu ghaib dan perubatan islam ( alam ghaib jin, syaitan & iblis ), pengalaman saya sendiri dan juga dari petikan buku-buku Agama.

Sebagai penutup tirai, diharapkan anda tidak akan terjerumus dalam perbuatan syirik ini dan seharusnyanya jauhkanlah diri anda dari terjebak atau menjadi ahli dari golongannya. Sesungguhnya, dekatkanlah diri anda pada Allah S.W.T. semoga anda dapat hidayat dan petunjuk dariNya. Jika sekiranya anda telah terlanjur, bertaubat nasuhalah dan kembali ke jalan yang diredhaiNya. Insya' Allah dosa anda dapat diampunkan. Ingatlah janganlah kamu mati dalam keadaan sesat.

Buku rujukan :-

  • Mencegah dan Merawat Sihir Gangguan Jin & Syaitan
    - Oleh Sheikh Wahid Abdus Salam

  • ( Pengalaman Rohaniah ) Dialog dengan Jin Islam
    - Oleh Muhammad Isa Dawuud

  • Alam Sihir dalam Masyarakat Melayu. Satu analisis
    - Oleh Dr. Amran Kasimin

  • Gejala Sosial dalam Masyarakat Melayu. Punca dan Penyelesaian
    - Oleh Ahmad Redzuan Mohd Yunus

  • Akhlak orang mukmin yang ditakuti Syaitan
    - Oleh Asy Syibli Sulaiman

  • Rawatan pesakit menurut Al-Quran dan As-Sunnah ( Doa-Doa )
    - Oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr. Haron Din

  • Iblis, Syaitan dan Jin
    - Oleh Hj. Abd. Rahman Sulaiman

  • Soal Jawab 'Aqidah, Bab Khurafat
    - Oleh Zakariah @ Mahmod Daud

  • Noktah Hitam - Ajaran Sesat di Singapura
    - Oleh MUIS dengan kerjasama PERDAUS

PERINGATAN !!!
Perlu diperingatkan bahawa jika anda ingin melakukan rawatan mengusir atau membunuh Jin dan Syaitan, terlebih dahulu haruslah mempunyai persiapan diri yang secukupnya dengan mengamalkan ayat-ayat PAGAR DIRI sebelum rawatan dimulakan. Memenuhi kriteria yang diterangkan dibawah ini dimestikan. Melanggar apa saja dari kriteria ini akan menyebabkan anda sendiri akan mendapat bahaya akibat tindakbalas dari Jin dan Syaitan itu sendiri. Subhanallah.
  • Perawat haruslah betul-betul bertaqwa kepada Allah, percaya akan pertolongan dan selalu mematuhi ketentuannyaNya.

  • Menyingkirkan segala macam gambar atau patung di tempat melakukan rawatan kerana ia memiliki daya tarik yang kuat bagi jin.

  • Perawat mesti berniat bahawa melakukan perawatan Islam hanyalah semata-mata kerana ALLAH Taala dan bukan kerana lain.

  • Perawat mesti menjalani khusus perawatan Islam yang sebenar, yang diajarkan oleh Ustaz atau alim ulamak yang bertauliah.

  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai perawatan Islam dan ciri-ciri perawat yang dituntut dalam perawatan Islam.

  • Perawat juga mestilah mempunyai asas-asas agama yang kukuh dan beramal soleh dan selalu dalam keadaan berwudhu' ketika rawatan.

  • Diingatkan bahawa apabila merawat seorang wanita mestilah dengan keizinan suami atau muhrimnya (waris) dan suami atau muhrimnya (waris) mesti hadir bersama-sama bila rawatan dilakukan.

  • Wanita tersebut mesti berpakaian menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Perawatan Islam dan ciri-ciri perawatan yang dituntut dalam perawatan Islam.












Yang Ikhlas,
Rifin Hj. Musa


Selamat mencuba semoga berjaya.... Insya' Allah.


Ke atas