|
Resolusi skrin |
Skrin monitor
anda terdiri daripada titik-titik halus.
Titik-titik inilah yang digunakan untuk membentuk
huruf dan gambar-gambar pada skrin anda.
Disamping itu titik-titik ini terdiri dari 3
titik yang lebih halus membentuk warna yang
dikehendaki. 3 titik halus ini ialah titik-titik
merah, hijau dan biru. Saiz titik-titik kecil ini
pada skrin monitor anda bergantung kepada
configurasi komputer anda. |
Sebelum itu |
Sebelum anda
memulakan tutorial ini, anda perlu membuat satu
direktori/folder baru pada komputer anda.
Bergantung kepada sistem yang anda gunakan, sila
lihat buku pengendalian sistem operasi anda.
Namakan direktori/folder baru anda sebagai homepage.
Disamping
itu anda haruslah tahu menggunakan Windows
Notepad dengan berkesan. Pada sistem Windows
3.1/95/98 anda boleh membuat Copy dengan
menggunakan Ctrl-C dan Paste dengan Ctrl-V.
Pintasan ini sangat berguna dalam pembuatan laman
anda nanti.
|
Lakaran |
Anda
sebaik-baiknya membuat lakaran laman anda pada
sehelai kertas putih sebelum anda memulakan
proses menulis kod html. Lakaran ini bertujuan
untuk memudahkan anda membuat laman html tanpa
perlu mengubahnya semula kemudian.
 |
Selepas
anda memerah otak untuk membuat lakaran
laman hompej anda. Simpan lakaran-lakaran
tersebut dan lihat pada keesokan harinya,
jika anda masih lagi merasakan laman anda
menarik, tahniah, dan teruskan untuk
proses menulis kod-kod html. |
|
Seterusnya kita akan membincangkan tentang konsep laman
hompej anda.
|