Jalinan ke LOKASI di
laman yang SAMA |
Untuk mengarahkan
jalinan ke lokasi di dalam laman itu sendiri maka
penanda diperlukan pada lokasi yang hendak
diarah. Penandaan itu dibuat dengan mengenakan
sifat name pada tag .
Sebagai contoh, pada lokasi yang hendak ditanda,
kita tulis tag seperti ini (ini bertindak sebagai
penanda). -----------------

dan pada jalinan
yang anda mahu arahkan kepada penanda tersebut,
anda letakkan seperti berikut

Sila klik di sini untuk ke atas sekali

Jalinan ke LOKASI di
laman LAIN |
Untuk mengarahkan
jalinan ke lokasi yang tertentu di dalam laman
yang lain, maka anda perlu ketahui nama penanda
tersebut dan pada jalinan yang hendak dibuat,
anda buat seperti begini. -----------------

Sila klik di sini untuk ke bahagian
atas sekali di laman index.html

Senang bukan!

Jalinan ke-email |
Anda juga boleh
membuat jalinan yang secara automatik akan
membuka perisian e-mail pengunjung seperti
Microsoft Outlook, Microsoft Mail, Eudora atau
Netscape Mail dengan alamat e-mail anda pada
ruang "penerima" e-mail
tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan
contoh di bawah. -----------------
e-mail saya

Jalinan yang membuka
laman baru |
Anda boleh
membuatkan jalinan anda secara automatik akan
membuka tetingkap browser baru. Sebagai contoh
jika anda menggunakan jalinan di bawah dengan
secara automatik, browser anda akan membuka
tetingkap baru dengan paparan www.yahoo.com.
Cara ini akan membuatkan laman hompej anda masih
lagi wujud pada tetingkap lama.-----------------
Sila ke yahoo

Perhatikan
penambahan sifat target="_blank".
Ia digunakan untuk mewujudkan tetingkap baru.

Imej sebagai
Jalinan |
Untuk menjadikan
imej sebagai jalinan, anda letakkan tag
diantara tag  .. .
Seperti teks yang akan digariskan untuk
menunjukkan ianya jalinan, imej juga akan
mempunyai garisan sempadan berwarna biru. Untuk
menghilangkan garisan sempadan ini, sifat border=0 di letakkan di dalam tag
img.-----------------
Sila ke