Bingkasan Siber STRATEGI ::
http://www.oocities.org/strategiutm
dibangunkan pada Jun 2002 oleh unit
multimedia dan grafik STRATEGI. Pelancaran
laman web STRATEGI dianggap sebagai
pencetus kepada perubahan STRATEGI
terhadap kemajuan teknologi dan profesionalisme.
Semoga dengan adanya laman web ini,
mahasiswa dan siswi Universiti Teknologi
Malaysia khususnya dari Fakulti Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia dapat
mengetahui perkembangan persatuan
STRATEGI dari masa ke semasa. Setiap
minggu, laman web ini akan dikemaskini.
Malah kami juga berharap mahasiswa/i
memperoleh manfaat dari kami. Anda
boleh menyuarakan sebarang cadangan
atau kritikan (program dll) kepada
kami agar pada masa hadapan, STRATEGI
dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya
sebagai persatuan pengurusan yang
berprestij.
Objektif STRATEGI ::
menyediakan satu wadah untuk pelajar-pelajar
di bawah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia untuk membangunkan
diri dari segi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan personaliti agar mereka
lebih bersedia untuk kerjaya mereka.
berkhidmat
kepada masyarakat samada secara langsung
atau tidak langsung
membentuk
sikap ahli-ahli dan mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan ahli dan
seterusnya mewujudkan serta mengamalkan
budaya korporat yang cemerlang dari
semua aspek
menganjurkan
aktiviti-aktiviti pengurusan, sosial
dan riadah yang bersesuaian untuk
perkembangan mental, fizikal dan spiritual
mengeratkan
hubungan STRATEGI dengan sektor awam
dan sektor swasta dan seterusnya meningkatkan
imej STRATEGI dan universiti secara
konsisten
mempromosi
dan memasarkan kursus dibawah Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia (FPPSM)
melahirkan
pemimpin, pengurus dan usahawan masa
depan yang berjaya, cemerlang dan
berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi.
|
Persatuan STRATEGI ::
Persatuan pengurusan adalah merupakan
sebuah persatuan dibawah fakulti pengurusan
dan pembangunan sumber manusia (FPPSM)
dan ia juga ialah salah sebuah persatuan
akademik yang wujud di bumi UTM Skudai.
Sebuah persatuan yang terkenal dengan
nama STRATEGI telah ditubuhkan pada
tahun 1998 yang merangkumi mahasiswa
dan siswi daripada kursus Sarjana Muda
Pengurusan Teknologi, Sarjana Muda Pengurusan
Pemasaran, Sarjana Muda Pengurusan Sumber
Manusia dan Sarjana Muda Pengurusan
Perakauanan. Selaras dengan objektif
persatuan yang berasaskan akademik,
penubuhan STRATEGI adalah untuk melahirkan
pengurus-pengurus masa hadapan yang
memiliki sifat kepimpinan yang tinggi,
berkredibiliti, berdinamik serta berkemampuan
menangani pelbagai permasalahan isu
organisasi mahupun firma. Sebagai
sebuah organisasi yang tidak berorientasikan
keuntungan semata-mata dan juga politik.
STRATEGI sentiasa cuba menjaga kebajikan
ahli-ahlinya dan cuba menwujudkan
pelbagai peluang kepada ahli-ahlinya
untuk membina dan memajukan potensi
diri. Di samping itu, STRATEGI sentiasa
meninjau kehadapan dan berikhtiar
untuk mempraktikan / aplikasikan teori
yang dipelajari di universiti dengan
pengalaman, praktikal pengurusan dan
perniagaan.
Dengan wawasan "Developing Tommorows
Humane Enterpreneurs", kami percaya
ia merupakan satu landasan ke arah
kecemerlangan organisasi dalam abad
ke-21 sebagai sekumpulan ahli yang
berdedikasi. Persatuan berharap agar
dapat membentuk satu generasi muda
mahasiswa/i yang dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat dan memaksimumkan
potensi manusia untuk memenuhi keperluan
persekitaran ekonomi yang sentiasa
berkembang pesat.
Logo STRATEGI ::

|