page 01
updates about us leaderships activities photos contact
 

20 November 2002 - +
Annual General Meeting STRATEGI 2003 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Mohd Noor Azli Ali Khan dari Jawatankuasa Pembangunan Pelajar FPPSM, En. Ahmad Jusoh selaku penasihat persatuan pengurusan, En. Affendi Hashim selaku pengerusi jawatankuasa imej fakulti dan wakil MPM serta SPR UTM. Bermula dari jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang. Kemudian hadirin disajikan dengan juadah berbuka puasa.

8 Disember 2002 -
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga FPPSM dan UTM. Semoga perjalanan pulang dan kembali anda sentiasa selamat. Raikan Aidilfitri dengan satu permulaan dan perubahan baru dalam hidup anda.

Makluman kepada semua mahasiswa (terutamanya lelaki) pada setiap hari Isnin adalah hari SMART DAY, anda amat digalakkan berpakaian kemas, segak, bertali leher, berkasut, kemeja lengan panjang atau pendek dan tight in. Hari ini diadakan oleh pihak fakulti untuk membina sahsiah dan identiti mahasiswa pengurusan yang membawa imej bersih dan berpenampilan. Harap maklum.

30 Disember 2002 -
Program Bengkel Pembangunan dan Pengurusan Laman Web (PPWEB) akan diadakan pada 11hb dan 12hb Januari 2003. Penyertaan dibuka sekarang. Yuran pendaftaran cuma RM30 sahaja. Sijil, modul, makan tengahari, dan seorang satu pc disediakan oleh pihak penganjur. Bertempat di makmal multimedia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Terhad kepada 60 orang peserta sahaja. Sila hubungi STRATEGI untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Januari 2003. Harap maklum.

2 Januari 2003 -
Kejohanan Liga Tertutup 9 Sebelah Piala Dekan FPPSM. Sila dapatkan borang penyertaan pasukan di komputer STRATEGI di makmal. Tarikh tutup penyertaan 7 Januari 2003. Bayaran satu pasukan RM33 sahaja.

14 Januari 2003 -
Kejohanan Liga Tertutup 9 Sebelah Piala Dekan FPPSM dan Bengkel Pembangunan dan Pengurusan Laman Web telahpun berlangsung pada 11 dan 12 Januari 2003 yang lalu. Klik pada photos untuk melihat gambar yang telah diambil. Pastikan juga anda tidak ketinggalan menyertai Malam anugerah : Glorious Night pada 18hb Januari 2003.

07 Februari 2003 -
Delegasi Intervarsiti Sahabat Teknologi UUM-UTM. Lawatan daripada pelajar-pelajar UUM Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) ke FPPSM untuk melihat suasana program sarjana muda pengurusan (teknologi) disini, juga lawatan ke Technovation Park.

09 Jun 2003 - NEW !
Jawatankuasa Persatuan Pengurusan mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru serta selamat belajar kepada pelajar-pelajar kanan sempena semester baru. Semoga kehadiran anda ke perkarangan fakulti mewujudkan suasana akademik yang harmoni.

19 Jun 2003 - NEW !
Satu TAKLIMAT PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN 1 DAN TAHUN ASAS FPPSM bersama STRATEGI, MPM dan SMART akan diadakan pada Sabtu 21 JUN 2003 bertempat di Dewan Kuliah 2 - L50 (bersebelahan dengan CP) pada jam 8.00 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-2640802 Saudara Rushdi.

Selamat datang ke laman web Persatuan Pengurusan atau lebih dikenali sebagai STRATEGI. Laman web ini merupakan versi kedua. Inovasi dan rekaan terbaru bagi era kepimpinan 2003.