page 04
updates about us leaderships activities photos contact
 

Perancangan Program

STRATEGI akan menjalankan pelbagai program berbentuk akademik untuk para pelajar kampus dan khususnya untuk pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Setiap program membawa motif-motif tertentu dan pastinya merupakan program yang menarik serta berkonsepkan pengurusan.

Pelbagai lagi program akan menyusul. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyertai program-program yang telah dirancang ini. Sama ada sebagai peserta mahukan jawatankuasa pelaksana program. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda. Terbuka kepada semua warga FPPSM dan warga kampus UTM.

Sekiranya anda berminat, hubungi kami di STRATEGI untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan. Kami menanti anda untuk sama-sama berkhidmat, mencorak peribadi, berkepimpinan, bermotivasi dan mencari pengalaman bersama-sama.

Setiap penyertaan anda akan diberikan sijil universiti.

Antara Perancangan Program 2003

Program Pembangunan dan Pengurusan Laman Web STRATEGI (PPWEB)
Program yang akan memberi peluang kepada anda menceburi bidang pengurusan melalui teknologi IT. Sasaran Januari 2003

Program Glorious Nite STRATEGI
Malam penyampaian anugerah dekan, juga sambutan perayaan hari raya Aidilfitri, Krimas peringkat fakulti, semua pelajar, staf dan pensyarah dijemput hadir dengan bayaran kupon penyertaan yang murah. Sasaran Januari 2003

Program Perlawanan Bola Sepak Piala Taib Dora (Piala Dekan)
membuka peluang kepada pelajar FPPSM beriadah secara sihat dengan warga-warga fakulti. Sasaran Januari 2003

Program Bengkel Kerjaya dan Motivasi
Program yang akan diadakan diluar kampus untuk membina sahsiah dan melihat peluang pekerjaan pada skop akan datang.

Program Kem Kepimpinan Mahasiswa
Kem mencungkil kepimpinan pelajar FPPSM dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Peserta akan diberi teknik untuk menjadikan diri mereka lebih bersifat kepimpinan selain berpengurusan.

Program Lawatan Industri dan Teknologi
Lawatan di sekitar Kuala Lumpur melibatkan lawatan ke tempat-tempat industri seperti Proton, Universiti Terbuka, KLCC, KUB, MSC dll.

Program Kem Pendidikan FPPSM
Kem pendidikan yang akan diadakan dikawasan agak terpencil, memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dengan memberi motivasi dan bengkel ICT secara percuma. Peluang untuk anda menjadi fasilitator.

Program Lawatan Balas UiTM dan UUM
Program berbentuk lawatan balas ke universiti-universiti ini memberi peluang kepada peserta melihat keadaan dan suasana pembelajaran serta akademik yang terdapat di universiti yang terlibat. Bertukar-tukar pendapat selain membincangkan idea-idea mahasiswa. Sasaran Febuari 2003

 

 

click me !