Laman Sokongan Dan Rakan Jualan Prepaid Diskaun Kad KepadaThoroughbred IT Marketing & Services Sdn Bhd 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Soalan-soalan Yang Biasa Ditanya:

Bolehkah saya dapatkan 12 kad sekaligus jikalau saya bayar RM530/RM599?

Tidak boleh. Ini kerana syarikat mengutamakan perniagaan jangka panjang. Syarikat ingin memastikan anda akan menjadi pelanggannya seumur hidup, dan bukan buat perniagaan sekali sahaja, jadi haruslah mengikut syarat syarikat satu bulan satu keping kad. Namun anda boleh membeli tambahan kad sehingga RM5,000.00 dengan potongan harga sehingga 10%.

Jikalau saya tidak membayar ansuran RM100.00?

Anda tidak akan mendapat 4 kad seterusnya, ini bermakna anda akan rugi atau kurang jimat. Ini seperti ansuran kereta, jika tidak membayarnya kamu akan dikenakan PENALTI. Anda akan rugi.

Jikalau saya tidak RENEW tahun depan bolehkah saya dapat KOMISEN dan BONUS KOMISEN?

Tidak. Anda tidak akan mendapat PREPAID KAD PERCUMA setiap bulan, tidak akan mendapat KOMISEN RM70 dan BONUS KOMISEN termasuk juga SERVICE TOP UP SMS. Oleh itu anda haruslah RENEW setiap tahun untuk menikmati segala kemudahan dan faedah dari syarikat.

Adakah saya perlu ada akaun Maybank..?

Tidak. Anda cuma perlu masukan duit dalam akaun Maybank syarikat. Anda tidak semestinya ada akaun. Tetapi jika anda ada akaun Maybank ini akan memudahkan lagi urusan dengan syarikat seperti Transfer Funds melalui ATM dan sebagainya.

Adakah KOMISEN BONUS dibayar ke generasi tidak terhingga (infiniti)?

Ya. Setiap ahli akan menikmati pembayaran bonus secara infiniti generasi. Tetapi untuk mengelakkan ‘OVER PAY” terdapat ‘BLOCKING SYSTEM’ dalam pembayaran bonus ini. RM25 akan diagihkan kepada agen-agen mengikut pangkat anda. CTH: A ialah seorang AGM, dibawah A ialah B seorang Executive. Jika B mendapat ahli baru C, maka B memperoleh bonus sebanyak RM10, A akan memperoleh RM15. Tetapi jika C menjadi Executive pula dan B masih Executive maka sekiranya C mendapat ahli baru, B tidak akan mendapat RM10 sebab B berada sama level dengan C. Hanya A sahaja mendapat RM25.

PIN NO. yang diterima melalui sms sahkah?

Ya. Pin tersebut adalah sama dengan kad yang dibeli daripada syarikat telekomunikasi yg lain. Cuma bezanya dalam bentuk yang berlainan sahaja. Pin-pin no. ini syarikat memperolehi daripada Syarikat Telekomunikasi (Maxis, Celcom, Digi….). Jika ada masalah, anda boleh mengadu kepada syarikat.

Adakah syarikat ini stabil dan kukuh..?

Ya. Syarikat ditubuhkan sejak 1996. Perniagaan ini masih diteruskan. Biasanya untuk mengetahui samada syarikat ini kukuh, kita harus lihat daripada beberapa aspek. Antaranya adakah syarikat ini menjalankan bisnes yang menguntungkan. Adakah masa depan syarikat ini cerah.

Adakah syarikat ini menguntungkan….?

Ya. Syarikat ini melakukan satu perniagaan Global dan bukan sekadar setempat sahaja. Dengan teknologi yang sedia ada (sms dan internet) syarikat mampu berniaga di seluruh Malaysia. Dan stok-stok yang dibeli melalui dealer-dealer adalah jauh lebih murah daripada kedai-kedai handphone yang biasa kerana kualiti pembeli adalah besar. Lagipun kami menjalankan perniagaan package, iaitu seorang ahli akan terikat selama setahun.

Adakah masa depan syarikat cerah?

Adakah anda rasa ramai pelanggan membeli dari syarikat kami yang menawarkan harga murah RM49.90 (untuk Maxis) dengan perkhidmatan sms? Atau pelanggan akan terus memandu kereta ke kedai handphone dan membeli dengan harga RM60 (untuk Maxis)? Rasa-rasa anda syarikat kami atau kedai-kedai handphone akan mengalami kekurangan pelanggan? Tanya pelangan anda soalan ini.

Bagaimana jikalau saya tidak pandai berhujah, ada masalah?

Ini tidak mengapa. Anda tidak perlu pandai berhujah. Asalkan anda boleh menyampaikan informasi dengan terang sudah memadai. Ini kerana anda bukan menjual barang kosmetik, ubat-ubatan yang memerlukan penerangan yang menarik. Anda sedang mejual satu barangan mesti (yang tidak perlu diterangkan lagi kegunaannya) iaitu PREPAID KAD. Jika pelanggan anda tidak ingin membeli, tidak apa. Bukan anda yang rugi kerana mereka tetap akan membeli dari luar dengan harga yang jauh mahal. Anda juga boleh mendapatkan bantuan upline anda. Mereka sedia membantu.

Jikalau saya register package 012 bolehkah saya menjual package yang lain..?

Ya boleh. Anda boleh mencari downline yang membeli package 012 hingga 019. Komisennya dan kemudahan yang lain juga sama. Hanya bayaran mukanya berlainan.

Bolehkah saya beli lebih dari sekeping?

Boleh. Anda boleh beli dengan harga diskaun sehingga 10% untuk kad prabayar. Contohnya; Anda hendak membeli 10 keping maxis. Kad yang pertama anda beli melalui package dan 9 keping lagi anda beli melalui diskaun.

Adakah syarikat lain juga menawarkan perkhidmatan sms..?

Ya. Tetapi syarikat kami merupakan syarikat pertama di Malaysia menawarkannya. Tambahan pula server syarikat adalah tercepat dan terpantas berbanding yang lain. Satu lagi kelebihan adalah komisen yang diberikan kepada agent-agent adalah tertinggi berbanding dengan yang lain. Syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan sms seperti SMSBIZ, TIMESUCCES, BYTED CITIES.

Adakah ini piramid…?

Tidak. Ini merupakan syarikat yang sah dan mempunyai lesen Jualan Langsung. Piramid adalah haram di Malaysia. Marketing plan ini seperti marketing plan insuran.

Saya tidak pandai menjual pakej dan mencari pelangan…?

Sebenarnya anda tidak perlu menjual pakej dan mencari pelanggan untuk syarikat, jika anda tidak ingin. Anda cuma perlu ingat pembayaran 3 kali RM100 pada bulan ke 1, 5 dan 9 sahaja. Dengan itu anda akan memperolehi 12 keping kad. Maka, matlamat anda bukan untuk keuntungan tetapi untuk penjimatan. Tiada siapa yang rugi di sini.

Apa yang saya perlu ada untuk berjaya?

Komitmen dan Kerajinan. Moto saya adalah “The More You Share, The More You Get”. Kalau kamu rajin berkongsi dengan rakan/saudara atau sesiapa saja, kamu akan memperoleh banyak downline. Cara berkongsi boleh melalui internet, iklan, surat khabar, telephone…. Kita tidak perlukan bakat atau skill berhujah. Anda hanya perlu fahamkan marketing plan dan lepas itu terangkan dengan jelas. Memang benar, itu saja! Ini kerana pelan kami memang terlalu baik. Menjual sesuatu yang membantu pelanggan anda memang perlu beli tetapi dengan harga jauh lebih murah dan memberi mereka peluang untuk membuat keuntungan. 

Tempat saya jauh daripada syarikat. Macamana saya nak beli kad dan mamulakan perniagaan ini…?

Untuk memulakan perniagaan ini anda hanya memerlukan handphone untuk sms, Maybank untuk urusan bank dan perkhidmatan pos untuk pos barangan. Perniagaan ini boleh dijalankan di mana jua anda berada.

Saya nampak semua orang akan untung apabila menjadi ahli. Siapa rugi?

Mengapa mesti ada orang yang rugi? Tiada siapa yang akan rugi apabila anda menjadi ahli. Anda akan rugi bila anda tidak menjadi ahli. Konsep perniagaan ini menggunakan “win-win situation”. Ini seperti syarikat insuran, di mana anda tidak akan rugi.
Syarikat akan untung apabila mendapat banyak pelanggan. Anda samada untung besar dalam perniagaan atau hanya berjimat dalam penggunaan prepaid kad.

Orang kata syarikat ini tipu orang. Mana ada benda baik dalam dunia.

Ini soalan yang paling mencabar. Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mentafsir motif penanya soalan tersebut. Ini kerana dalam dunia perniagaan persaingan sangat sengit. Maka akan ada mereka yang ingin sabotaj syarikat kami dengan menyebarkan khabar angin yang memburuk-burukkan syarikat kami. Sebenarnya mereka tidak tahu langsung mengenai syarikat kami mereka bertujuan untuk menghalang anda dari terus menjadi ahli ICT.

Kenapa mesti menjadi ahli?

Ini akan membolehkan anda menjadi agen jualan langsung. Kerana syarikat kami telah didaftarkan dibawah akta jualan langsung 1993. ini adalah modal terendah untuk memiliki perniagaan anda sendiri.

Yuran keahlian menyebabkan tiada penjimatan kepada ahli?

Itu tidak benar. Yuran keahlian hanyalah RM38 sahaja. Lihat kiraan dibawah, contoh bagi pelan Maxis dimana anda tidak menaja seorang ahli pun. Dan sekalipun yuran keahlian dikira sebagai modal anda ;

Pelan Maxis

Pendaftaran RM38
Bayar muka RM299
Baki bayaran 1 RM100
Baki bayaran 2 RM100
Baki bayaran 3 RM100
----------------------------------------
Jumlah RM637
----------------------------------------

Jumlah nilai kad diperolehi

RM60 X 12 keping RM720
Jumlah perlu bayar RM637
-----------------------------------------
Baki Keuntungan RM83
-----------------------------------------

Keuntungan bersih dan penjimatan anda adalah RM83 setelah ditolak dengan yuran pendaftaran. Namun ini sebenarnya tidak termasuk penjimatan tambahan sekiranya anda membeli kad tambahan yang boleh dibeli dengan diskaun sehingga 10%.

ANDA MASIH TIDAK RUGI

Bagaimana saya perolehi keuntungan.

Sebagai seorang ejen, anda tidak perlu jual atau simpan stok kupon prabayar. Hanya sebarkan perniagaan ini kepada sahabat dan saudara-mara. Apabila mereka menyertai perniagaan ini, anda memperolehi komisen (sambil mereka menikmati diskaun). Anda berpontensi meraih komisen bulanan sebanyak RM100 sehingga RM 10000 (atau lebih!) bergantung kepada usaha anda.

Apakah jenis kupon prabayar yang ada? 

Kupon prabayar untuk semua operator telefon bimbit untuk (012, 013, 016, 017, 019).

Kalau saya bukan pengguna prabayar telefon bimbit? 

Anda tidak perlu mengguna telefon bimbit talian prabayar untuk menjalankan perniagaan ini. Hanya dengan telefon bimbit biasa (yang digunakan untuk menjalankan transaksi perniagaan ini), anda berpeluang untuk menikmati pendapatan sampingan dengan mudah.

Siapakah prospek dalam perniagaan ini?

Umumnya, sesiapa saja yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai telefon bimbit adalah prospek. (seperti pelajar kolej, guru, eksekutif... dll). Perniagaan ini memang mudah dijalankan. Apabila anda mempunyai network agen yang berpotensi, pendapatan anda akan bertambah setiap bulan, kerana tidak kira anda jalankan perniagaan ini atau tidak, rakan, saudara, teman sekerja anda tetap akan membeli kupon prabayar.

 

 

                                             © Copyright 2003. All rights reserved : Al Hidayah Technology Centre
Disclaim: Website ini adalah sebuah halaman persendirian dan bukanlah Halaman Rasmi Thoroughbred IT Marketing & Services SDN BHD

{[Company No. 379010-K][Lisen No. AJL 931104]}. Kami hanya menjalankan promosi untuk mencari/menaja downline melalui laman ini.