Bicara
Uda Dan Dara
Bawah pohonan rimbun bawah cahaya kelam
Namun bayangmu tiada datanglah kekasihku
Rindu sungguh tak terbatas selagi ku bernafas
Maaf aku memungkir janji tetapkan tertunai
Korus:
Tetapi di wajahmu ada rahsia
Walau pun kau tersenyum
Melindung kekusutan
Aku bukan memaksa bicaralah
Darjat punca segala
Ku telan terlalu pahit
Meluah aku kau durhaka
Tak sanggup memikul dosa
Pohon bagai merunduk
Tanda simpati
Sampai waktunya cinta
Meminta pengorbanan
Menguji keikhlasan-insan sejati
Kita hanya kembara
Cari cinta sejati
Tabah adalah bekalan
Untuk alam abadi
Ramli Sarip / Usop
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Pustaka Muzik EMI Sdn Bhd
1992 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Blues
Felda Blues
Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran
Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana
Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang
Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan
Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan
Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani
Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Blues Yang
Hilang
Yang semalam telah berlalu
Tinggal kita berindu sepi
Entah bila akan bertemunya
Berbuah masa saat bersaat
Menempuh rasa hari bertahun
Telah pergi seorang sahabat
Moga kita merelakan
Tanpa mencari jawabnya
Dinihari subuh menjelma
Masih basah kelopak mata
Siapa jua pasti terkenangkannya
Kita hanyalah berserah
Dengan doa yang terindah
Ku terkenang
Setiap kali menjelma Ramadan
Ku bagaikan
Anak kecil mengejar bayang
Banyak cita yang cerita
Hasrat hati ingin berbakti
Sayang hari tak panas hingga petang
Namun tetap diteruskan
Agar kau sentiasa tenang
Kau di sana
Hanya terpisah secara zahirnya
Biar jauh
Tapi tetap di dalam kalbu
Kita rindu
Dalam hembusan angin yang berlalu
Tinggal kita
Mengisi masa dengan sebaiknya
Tanpa cacat dan celanya
Biar harum hendaknya
Bussorah Connection
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1994 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Budaya
Terciptanya alam ini
Penuh budaya terseni
Di tanah air, api dan angin
Budaya dunia telah berkahwin
Ke manakah tujuanmu
Membawa mimpi dan rindu
Segalanya telah kesepian
Pabila budaya diceraikan
Mari kita hurai kisah semalam
Bila segalanya jadi pameran
Mari kita cari apa yang hilang
Di celah-celah keaslian (Ah..ah..)
Tika penari melangkah
Kala pesilat menongkah
Kita telah bermula menyerah
Kesopanan kita hampir kalah
Dengan helai ringgit budaya baru
Maka terciptalah budaya palsu
Bertukar antara tangan dan sudu
Siapa tinggi siapa akan mengampu
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1991 WEA Records Sdn Bhd
|
Bukan
Kerana Nama
Jangan
kau pandang bibir yang manis
Kerna dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna dia bisa meracunmu
Korus :
Dengarlah hai teman
Dengarlah bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Biarlah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Mohd Bakri Johari
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1986 WEA Records Sdn Bhd
Dadah
Merbahaya
Awas dadah merbahaya
Trajidi merata dunia
Membawa kita ke lembah sengsara
Wajah memucat letih lesu
Suntikan jarum neraka
Membawa ke alam tiada
Menghidu bunga racun berbisa
Lemah gigi tiada berdaya
Lemah gigi tiada bermaya
Hapuslah dadah musuh kita
Jangan sampai berleluasa
Dalam mencari kebahagian
Mari bersatu, saling membantu
Bersama menghapuskan
Bangkit teman semua
Dari ancaman bahaya
Bersihkan rohani jasmani
Semoga sihat sepanjang hari
Semoga sihat sepanjang masa
Ramli Sarip
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd
Datang dan
Pergi
Sudah berlalu datang kembali
Terbayang di ruangan mata
Suka dan duka
Tinggal hanyalah kenangan
Datang dan pergi sesuka hati
Menyusuk di jiwa ini
Hingga di mana
Ianya akan berakhir
Korus :
Cukuplah derita sengsara yang ku alami
Biarlah ku pergi membawa hati ini
Relakan ku pergi
Kini sudah ku rasakan
Cukup aku menderita
Ku tak ingin lagi
Bercinta kedua kali
Biarlah ini ku jadikan
Cubaan dalam hidupku
Bukan maksudku
Untuk berpisah denganmu
Ramli Sarip / Rosli
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1993 WEA Records Sdn Bhd
Di
Persada Ingatan
Satu pancaran kemilauan
Bertakhta di persada ingatan
Meronta membawa akalku ke arah
Alunan perjalanan yang sumbang
Dunia turut sama bergoyang
Mengikut alunan dimainkan
Malam bagaikan siang - oh
Dunia tidak seimbang
Retak di kiri kanan
Tangan kaki bergoyang
Hidup dalam khayalan
Semua di dalam kealpaan
Janji kepuasaan kenyataan
Bertapak di lopak yang setia
Bayangan warna sejuta nista
Runtuhan semua warisan
Alam berdiri megah
Insan (aku) , hancur di lembah
Hitam fikiranku di awangan
Hidup di dalam keganasan
Hawa nafsu kian berkeliaran
Jalan pulang kini kesamaran
Hidup tersiksa
Ramli Sarip / Rosli Ali
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1991 WEA Records Sdn Bhd
Diktator
Papan Cator
Jiwa bergelora, rasa dan terasa
Tiada daya ku berbangga
Kepada diri yang tiada
Hanya hati yang meronta
Mengetuk keras pintu bangsa
Apakah terjadi
Jikaku sendiri
Ada negara dalam diri
Memerintah sesuka hati
Di mana saja main politik
Apa kataku jangan dikritik
Akulah diktator
Raja papan catur
Menentukan bersih dan kotor
Naik kereta atau motor
Terus ke depan atau berundur
Atau aku yang menggali kubur
Kepada mayat yang beratur
Sehinggalah aku tertidur
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
|
Dilema
Lorong ini sunyi sepi
Inginku tanya pada siapa
Kau yang pergi, ku mencari
Dan merata tiada bersua
Kau yang membuatku dalam dilema
Pulanglah agar terhapus derita
Yang ku alami
Letih lesu tubuh ini
Haruskah aku terus mencari
Kau turutkan hati muda
Lalu menghilang tanpa berita
Suhaimie Roa
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd
Doa
Kasihku dalam
hidupku
Tak ku lupa
Kewujupan mu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya
Tanpamu
Aku hilang
Hidup didalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan
Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Ku sering pohon pada mu
Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat
Mohd Khir Mohd Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1988 WEA Records Sdn Bhd
Doa
Buat Kekasih
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahgia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah nan lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buat kekasih
Jay Jay
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd
Dondang
Mari kita semaikan hidup ini
Dengan benih budaya warian budi
Mari kita meriahkan hidup ini
Dengan kilau budaya ibu pertiwi
Marilah kita sama memastikan
Budaya kita takkan hilang
Dondang eh sayang
Zapin dan rebana
Dengan bersopan
Biola iramanya
Dondang eh sayang
Silat dan qasidah
Dipertahankan
Dondang eh sayang
Pastikan usianya
Dengan pedoman
Tak hilang di dunia
Dondang eh sayang
Marilah kita
Mempertahankan
Mohd. Khair Mohd. Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1990 WEA Records Sdn Bhd
Fantasi
Tapi Kenyataan
Kembara lagi mencari sesuatu
Di alam fantasi
Adalah kenyataan yang hilang dulu
Sejak dilahirkan
Yang belum bertemu
Bilakah akan bertemu
Ia dalam kesamaran
Aku dalam kekaburan
Tiadalah aku tiada kehidupan
Andai tiadanya
Tiada pancasila atau pancasuara
Andai tiadanya
Rupanya ada padaku
Andai terpisah dariku
Tiadalah aku
Huru-haraku seketika dulu
Sebelum bertemu tiada kepastian
Imbang-imbangan
Seperti mengejar bayang-bayang
Yang diberi kiasan
Seperti di alam fantasi
Siapakah diri ini
Ramli Sarip
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1988 WEA Records Sdn Bhd
|