Sabar
Kasihku
Wahai kekasih
Yang selalu di dalam ingatan hati
Mesra belaian mesra
Gurauan senda aku gembira
Terasa kesucian cinta di hati
Mesra sungguh bermakna aku gembira
Sabar kasihku
Siramlah bunga hatimu selalu
Segar mekar kau bunga wangi kau bunga
Harum semerbak
Bak kasturi di dalam syurga
Cinta kemesraan
Cinta dan kesabaran
Cinta dan keimanan
Sabar kasihku
Jagalah dengan penuh keikhlasanmu
Moga berkat rahmatnya mohonlah doa
Janganlah lupa walaupun di hujung dunia
Ramli Sarip
Copyright Controlled 1986 WEA Records Sdn Bhd
Senandung
Hidup Berbudi
Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir dipantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai
Begitu kita merancangkan
belum pasti hadirnya kebahgiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang tadbir
Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri
Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan
Tenang di air yang tenang
Jangan disangka boleh di renang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga
Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1990 WEA Records Sdn Bhd
Sejuta Wajah
Dinginnya hari itu
Dalam gerimis suasana
Ketika cahya malap
Dalam pelukan rindu
Menatap sejuta wajah ...O
Bisik pelukan hawa itu
Sedih merayu di hatiku
Ke mana dikau sayang
Lelah terbaring maya
Mencari mu tiada ...O
Keluhan hatiku ini
Ku takut akan luka lagi
Terbayang O sejuta wajah
Mana O manakah dia
Inginku nersamanya ,,,
Indahnya hari ini
Mengejar bayang wajahmu
Apakah aku lupa
Kamelia telah tiada
Kamelia telah tiada
A.Husaini Ajmain
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1981 WEA Records Sdn Bhd
|
Setinggi
Gunung Sebuah Janji
Umpama kemarau menanti hujan
Khabar darimu aku nantikan
Debar di dada ku sembunyikan
Masih adakah jurang pemisah
Air mata ku jadikan kata-kata
Menyakinkan kemurnian hasrat kita
Tiada restu ayah dan ibu
Hancur hatiku
Cinta yang suci perlu diuji
Kelak mengenal insan berbudi
Miskin dan kaya hina mulia
Andai dah jodohnya bertemu jua
Pengorbanan bagai lambang kesetiaan
Moga jurang kelak menjadi titian
Setinggi gunung sebuah janji
Sama didaki
Cinta yang suci perlu diuji
Kelak mengenal insan berbudi
Miskin dan kaya hina mulia
Andai dah jodohnya bertemu jua
Andai dah jodohnya bertemu jua
Ramli Sarip / Hartinah Ahmad
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1992 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Tajam
Tajam-tajam matanya melihat sebuah dosa
Tajam-tajam lidahnya menceromoh dan menghina
Tajam-tajam telinganya mendengar segala fitnah
Tajam-tajam sindirannya bagaikan membelah dunia
Korus:
Jangan begitu jangan begitu
Apakah kau sempurna
Jangan begitu jangan begitu
Perbaikilah keperibadianmu
Tajam-tajam lidahnya menyusok tepat di dada
Manis-manis rayuannya menbuat alam semesta
Tajam-tajam telinganya mendengar pujukan mesra
Tajam-tajam kukunya melampau itulah senjata
Korus:
Jangan begitu jangan begitu
Hormatilah sesama
Jangan begitu jangan begitu
Teguhkan keimananmu
Suhaimie Roa
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1985 WEA Records Sdn Bhd
Teman
Kau bagai inspirasi
Datang pada tiap mimpi
Dalam diam ku kagumi
Hadirmu membawa erti
Teman ingin aku tahu
Apa resah di hatimu
Teman anda aku mampu
Bersama dalam dukamu
Jalinan ikatan rasa
Ada dihati kita
Saling mengerti
Saling memerlukan
Semuga engkau bahagia
Aku sanjung harapanmu
Ingin membela bangsamu
Walaupun sekadar lagu
Itu adalah cara mu
Teman andai aku pergi
Relakan setulus hati
Kenangku dalam doa mu
Aku adalah teman mu
Ramli Sarip / Hartina Ahmad
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1989 WEA Records Sdn Bhd
|
Temasya
Desa Gemalai
Terbayang keindahan
Di desa kerinduan
Gemalainya berjalan
kehidupan
Dilarang yang terbentang
Petaninya berjuang
Untuk mempertahankan
Warisan
Bertemasyalah
Setelah kau berusaha
Bertemasyalah
Setelah kau berkerja
Bertemasyalah
Di landasan budaya
Bertemasyalah
Anak desa yang setia
Bukan mudah, bukan murah
Bukan mudah, bukan murah
Terbayang keharuman
Mawar di taman bonda
Mengajak aku pulang ke desa
Mohd. Khair Mohd. Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Teratai
Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan surya pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah
Ku tak menyangka
Wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tar bersemi lagi
Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai
Ku sayang berseri seperti semula
Teratai bunga indah
Copyright Controlled
1979 WEA Records Sdn Bhd
Warisan Alam
Tiada kicau burung
Tiada taman hijau lagi
Di mana resam rumput
Ke mana hutan belantara
Kembang bunga tiada lagi
Si rama-rama berlalu pergi
Biarlah semula jadi
Janganlah di cemari lagi
Ianya warisan alam
Kunyanyikan dengan harapan
Biar teman hijau terus menghijau
Bersama udara bersih dan nyaman
Di keliling hutan batu
Alam membisu
Berilah kepastian
Semuga terjaga milik warisan alam
Biar si taman hijau
Biar taman hijau terus menghijau
Ramli Sarip
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1989 WEA Records Sdn Bhd
Zapin
Berperi
Tuai padi selepas musim hujan
Untung berguni berat tak tertahan
Cuai hati terlepas nasib badan
Menanggung rugi pahit yang ditelan
Ada rupa orang tidak berkenan
Ada kasih orang tidak terbeli
Ada guna siang menunggu bulan
Yang pasti terbit di malam hari
Apa maksud rintihan kau dendangkan
Apa malang yang telah menimpamu
Kalau jodohmu belum kesampaian
Menangis setahun belum tentu
Kalau lelaki tunjukkan lelaki
Janganlah kau rindu asyik berperi
Menyalahkan diri hilang rezeki
Tunjukkan hidupmu berdikari
Bagaikan terdengar guruh dilangit
Tersentak hati mendengar suara
Itu baru ku tegur sedikit
Rasa berdetak di hati
Di jiwa raga
Mari kita sama-sama mengenal
Hati budi tutur kata setia
Jujur kata sama-sama beramal
Mencari syahdu kasih cerita
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1992 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
|