Musibah
Aha ...Aha ...
Kisah terjadi mengalami sungguh sedih
Abang beca punya cerita
Menyanyat hati
Tentang terjadi kegemparan dunia
Kebakaran dan trajis melanda
Musibah menimpa
Ke atas dunia
Rakyat jadi sengsara
Terjadinya itu sangat mengerikan
Musibah-musibah datang menimpa
Keganasan ... apa yang telah melakukan
Korban oh berbilangan
Kesal hampa pun mula terjadi
Kerana musibah yang dihadapi
Kutukan Tuhan kini terjadi
Takut musibah kembali lagi
Akan mendatang musibah yang terbesar
Wajib percaya, harus menantikan
Kalau angin yang lalu tak ingin berkenalan
Yang dulu hanya mainan
Nantikan bersama
Jangan hampa
Sweet Charity / A.Husaini Ajmain
WEA Music Pte Ltd
1980 WEA Records Pte Ltd
Negeri
Tercinta
Setelah kau berhijrah
Dari negeri cintaku
Aku dihujani musnah
Dibaluti angin kaku
Setelah kau berhijrah
Dari daerah mesraku
Aku dijejaki resah
Mengejar mimpi-mimpiku
Setelah kau berhijrah
Bumiku kering merekah
Oh bilakah kembali musim bunga
Setelah kau berhijrah
Lautku surut dahaga
Oh bilakah kembali hujan cinta
Setelah kau berhijrah
Dari darapan mataku
Aku digenggami gundah
Dikeruhi detik waktu
Setelah kau berhijrah
Dari negeri cintaku
Aku tebuang jauh
Bila begini pendekatanmu
Gugur cintaku lagi
Gugur kedua kali
Gugur harapan pasti
Gugur idaman hati
Mohd. Khair Mohd. Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1994 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Nyanyian
Serambi
Keluar pagi balik petang
Adakala
sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
Oh bersabarlah
Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murnikan bersemi
Bersama ketulusan budi
Oh bersemilah
Lama ku cari rahsia kasih
Rindu kasih untuk berkasih
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman
Andai kesturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang maha agung
Ramli Sarip
Rasamusic Sdn Bhd
Orang
Kota
Wahai orang kota apakah dikau sedar
Cara hidup kita kini berubah
Adat ketimuran makin kita lupakan
Cara kebaratan kini jadi ikutan
Kaya harta miskin budibahasa
Tiap senyuman punya harga
Tepuk dada tanya selera
O kota manakah tujuan kita
Ingin kau jadi New York ?
Jadi orang asing
Hidup tanpa batasan
Jahil tentang halal haram
Kononnya itulah kemajuan
Tak mahu diri ditertawakan
O kota inikah yang kau mahu
M.Fazil
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd
Oh Rohani
Maafkan ku wahai Rohani
Kerana racun yang ku berikan
Membunuh mu seketika
Kerana salah membawa cinta
Kerahang syaitan
Ku serahkan wajahmu
Hingga tergantunglah
Keimanan dariku
Ku kembali ke sini lagi
Bukan untuk menambahkan dosa
Tapi untuk hidupkan kembali
Menyingkap hijab di depan mata
Rindu dalam keranda
Ku seru semula
Untuk sama mencari
Rahsia seribu bulan
Bangunlah kau oh Rohani
Kita renangi kesabaran
Kita cari asalmu
Sebelum terlupa kalimah
Bangun dalam kesalku
Masih ada waktu
Untuk sama memburu
Rahsia malam syahdu
Rindu dalam keranda
Ku seru semula
Untuk sama mencari
Rahsia seribu bulan
Mana lagi jalan kita
Suara jahat pun berbisik
Ooo
Kabur ...
Lemas ...
Dalam keranda kau meronta
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1994 WEA Records Sdn Bhd
|
Panah
Beracun
Perasaan dah luka di hati
Seolah ada panah menembusi
Panah cinta beracun sungguh menyeksa
Meresap ke seluruh anggota
Dari mana datangnya panah itu
Menuju tepat ke arah jantungku
Panah cinta beracun merosak jiwa
Membuatku lemah tidak bermaya
Panah beracun
Panah beracun
Dari mana datangnya panah itu
Menuju tepat ke arah jantungku
Panah cinta beracun merosak jiwa
Membuatku lemah tidak bermaya
Panah beracun
Panah beracun
Suhaimie Roa
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1986 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Pelarian
Tiada senyuman tiada ketawa
Di wajah terlukis, kehancuran rasa
Harapan hidup entah di mana
Kasihanilah, kasihanilah mereka
Hidupnya bagai peminta-minta
Meminta seteguk rasa belas hidup
Oh agar dapat, menyambung nyawa
Kasihanilah, kasihanilah mereka
Sedih menyelubungi
Selalu di kejar suasana ngeri
Pergi meninggalkan negeri
Darilah angkara perang durjana
Lapar dahaga selalu melanda
Menumpang hidup oh entah di mana
Terpisah kasih sanak saudara
Kasihanilah, kasihanilah mereka
S.Milda
WEA Music Pte Ltd
1980 WEA Records Sdn Bhd
Penunggu
Telah ku dengar bermacam cerita
Di simpang jalan di hujung desa
Satu peristiwa terjadi dahulu kala
Di pohon beringin kisah bermula
Berwaspadalah apabila berseorang
Berhati-hatilah lalui jalan itu
Bila bulan terbit di angkasa
Si puaka mengilakan suaranya
Petanda mahukan mangsa
Darah manusia jadi tebusannya
Berwaspadalah apabila berseorangan
Berhati-hatilah lalui jalan itu
Pohon beringin di situ tempatnya
Awasilah apabila sampai ka sana
Rambutnya panjang terhurai
Seragam putih haruman wangi
Bila mengilai menambahkan ngeri
Dengan seketika hilanglah ia
Berwaspadalah pabila berseorang
Berhati-hatilah lalui jalan itu
Ramli Sarip / Rosli
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1982 WEA Records Sdn Bhd
Perjalanan
Hidup
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian
hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Dr Wan Zawawi Ibrahim
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd
Petani
Aku lebih rela jadi petani
Menyara hidup di sawah padi
Dari menjadi seorang hartawan
Yang dikejar seribu bayangan
Aku lebih rela bermandi lumpur
Yang mengotori kulit tubuhku
Dari dimandikan kepujian
Yang diberi tanpa keikhlasan
Biarkan aku menjadi petani
Hidup di desa sunyi
Dari hidup di tengah kota
Penuh dengan debu-debu dosa
Biarkan aku menjadi petani
Hingga ke akhir hayatku nanti
Dan aku mahu bersemadi di desa
Jauh dari kesibukan kota
Aku lebih rela jadi petani
Art Fazil
Warner Music Singapore Publishing Pte Ltd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
|
Puisiku
Yang Hilang
Usah kau bimbang
Jika puisiku hilang
Kerana kembali ia akan
Seperti kelahiran insan
Yang tiada terbilang
Usah kau bimbang
Jika puisiku hilang
Kerana kembali ia akan
Seperti turunnya hujan
Sebelum bumiku gersang
Bukankah puisiku merata
Di hutan tebal di dada kota
Bukankah puisiku bebas
Di dasar cinta di lembah jiwa
Usah kau bimbang
Jika puisiku hilang
Kerana kembali ia akan
Seperti tumbuhnya cendawan
Bisa hidup dalam kegelapan
Mohd Khir Mohd Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1994 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Qhasidah
Kampungan
Buka langkah
tari pencak bunga asli
Iramanya gemalai ini
Tarilah lenggang bak patah sembilan
Kisik-kisik angin apa khabar ?
Sekampung kita nyanyi ramai-ramai
berqhasidah cara kita
Bersyukur kita hidup susah senang
Hamba taulan orang kita
Biar rendah diri bak resminya padi
Tunduk walau berisi
Yakinlah kita pesan orang tua
Asam garam yang berharga
Berinduk induk ayam dalam kepok
Kekeyngan iyo ... iyo ...
Kemarak hamba dek sayang
Sayang buah kepayang telan mabuk buang sayang
Dah jenoh hamba berjalan tuan berhati walang
Jangan takut digelanggang
Nandong lenggang tari lenggang
Nandong qasidah kampungan
Jauh ku berjalan mencari penawar jiwa
Jiwa yang terluka harap harapkan bersua
Kekasih yang dah ternoda takut hamba, takut padanya
Selagi ada bulan ada bintang hamba jalan iyo ... iyo ...
Selagi ada hayat kandung bandan hamba
telan iyo ... iyo ...
Ramli Sarip / Mohd Kirin Omar
Rasamusic Sdn Bhd
Luncai Emas Sdn Bhd
Ramadhan
Naluri kita manusia selau leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua
Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam
Ampunanmu kuharapkan
Tiada daya aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya engkau yang tahu
Di Ramadan ini kabulkan doaku
Suluhkanlah cahayamu
Di malam ynag penuh syahdu
Ramli Sarip / Hartina Ahmad
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1989 WEA Records Sdn Bhd
Rasa
Tempatan
Segar bugar mekar menjalar
Ke seluruh bumi yang subur
Bakal bekal pangkal penjual
Di seluruh bumi yang mujur
Rasa tempatan
Terasa warisan terus di hadapan
Rambutan
Manis dan tenang
Durian
Yakin dan senang
Papaya
Di mercu cita-cita
Kelapa
Dimulut berjaya
Si manggis
Bersopan berlapis
Si jambu
Senyuman dara yang ayu
Mohd. Khair Mohd. Yasin
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1992 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Ribut 10.59
Pagi
Pagi yang bermula
tenang suasana
Siapa yang menyangka ia datang melanda
Dengan tiba-tiba
Korus :
Hari pun meninggi kau hadirkan diri
Dari barat daya
Kencang tiupanmu
Gerunya usulmu
Kau hancurkan
Musnah semua
Kau lambang kemarahan
Yang tiada-tiada belas kasihan
Bila kau melanda tapi tak berdaya
Untuk melawannya
Mengapa terjadi ini semuanya
Apakah angkara dunia manusia
Jikalau bukannya kerana manusia
Kenapa terjadi ini semuanya
Ribut - kau kuasa
Ynag amat merbahaya
Badai menyeluruh
Gegak gempita
Buni dan angkasa
Ribut yang amat merbahaya
Ribut, ribut, ribut
O!! O!! O!! O!!
Ahmad Jaafar / Ramli Sarip
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1994 WEA Records Sdn Bhd
Semangat
Lamina
Tergugur daun kering
Dari langit tinggi
Ke tanah dawas
Bergelimpangan tulang
Kau perlukan air hujan
Sedang terik membakar
Begitu hidup dalam
Berjuang mencari
Harta benda miliki
Di tangan orang
Janganlah putus asa
Cari rezeki kita
Setitik air dihujung jarum
Jadi rezeki seluruh umat
Diberikan kita
Sama rata semua
Hanya jangan tamak
Mendapat untung laba
Jangan jemu berusaha
Semangat jadi lamina
Bermusuh jangan sekali
Sahabat harta abadi
Selaut kasih di alam kekal
Jadi kurnia balasan sabar
Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
|