AYAHANDA TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN B. MOHD. YASSIN
| keretapi muar | panglima lidah hitam | bukit kepong | puteri gunung ledang | tokoh agama |
| madrasah al haji taib | lembing Awang pulang ke Dayang | seri menanti |

Gambar semasa Sambutan Maulidur Rasul (Maulud Nabi) pada tahun 1949 di Masjid Jamek Muar. Berdiri paling kanan sekali ialah Allahyarham Haji Md. Yassin bin Hj. Muhammad, ayah kepada Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Sekolah Sa'adiah.......masih kekal sehingga kini. Jumlah pelajarnya pada tahun 2001 adalah 400 orang

 

Nama penuh beliau ialah (Allahyarham) Haji Muhamad Yassin bin Haji Muhammad.  Beliau ialah anak murid kepada Haji Abu Bakar bin Haji Hassan, seorang tokoh alim ulama yang terkenal di Muar. Beliau belajar agama dengan Haji Abu Bakar ini di Sekolah Arab Haji Abu Bakar Alim. Beliau juga merupakan bekas pelajar telah diberkati dengan sebesar-besar kejayaan dalam bidang pendidikan.

Haji Muhamad Yassin mulai terkenal kebolehannya sebagai guru agama dalam tahun 30an apabila beliau dipilih oleh Yang DiPertua Jabatan Agama Islam Johor untuk memberi syarahan-syarahan agama kepada guru-guru perempuan yang berkumpul di Sekolah Perempuan Bandar Maharani pada setiap hari Sabtu. Sejak itu mulailah berkembangnya perkhidmatan beliau dalam bidang agama di seluruh daerah Muar. Perkhidmatan beliau ini berterusan sehingga akhir hayat beliau pada tahun 1975. 

Pada masa beliau aktif mengajar agama, beliau telah menubuhkan Sekolah Sa'adiah iaitu sebuah sekolah beraliran Arab yang menawarkan pelajaran agama dan bahasa Arab. Di bangunan yang sama ini diadakan dua sesi pelajaran. Di sebelah pagi adalah sekolah untuk pelajaran Agama dan Arab manakala di sebelah petang pula sekolah untuk pelajaran kebangsaan (rendah dan menengah)

Pada tahun 1965, beliau telah mengasaskan penubuhan Sekolah Menengah Muhammad Yassin Muar. Sekolah ini adalah sekolah swasta yang menerima pelajar baru dan juga bekas pelajar yang ingin mengulang semula Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sekarang dipanggil PMR dan untuk pelajar yang ingin mengulang semula Peperiksaan SPM dan STPM.