KENANGAN SG SARANG BUAYA
| sejarah sg. balang |
sejarah sarang buaya | jambatan
sg. sarang buaya | sejarah
sg. resik |
| kenangan sg. sarang buaya |
rumah adat bugis |
![]() |
Banyak kapal nelayan berlabuh di kuala Sungai Sarang Buaya |
|
Jalan menuju ke Hutan Bakau Sungai Sarang Buaya |
Pada zaman pemerintahan Jepun, sungai Sarang Buaya menjadi tumpuan orang yang datang dari Muar dan Batu Pahat. Kedatangan mereka ialah semata-mata untuk mengambil kangkung yang tumbuh dengan begitu banyaknya di sawah yang telah diusahakan oleh penduduk kampung sejak 1932 lagi.
Sungai Sarang Buaya pernah dimasuki oleh kapal dagang bernama "Kapal Chalu" (berupa kapal kargo) untuk mengambil hasil-hasil pertanian. Tetapi disebabkan kemasukan kapal dagang ini tidak menguntungkan, perkhidmatan kapal itu ditutup pada 1943.
Selain itu semasa perang Kelang (1867 - 1873) diantara Raja Abdullah dan Raja Mahadi dari Selangor, orang-orang Kelang yang diketuai Raja Mahadi telah melarikan diri ke Sarang Buaya. Raja Mahadi melarikan diri ke sana adalah untuk mencari tempat perlindungan.