AKTIVITI PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG)
| sejarah
PIBG | senarai YDP | aktiviti
pibg |
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tengku Mahkota pada tahun 2002 ini menjangkau usia 29 tahun. Dengan sokongan AJK serta ahli-ahlinya, banyak aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam memenuhi hasrat dan harapan kita.
Sepanjang tahun lalu (2001) dan
tahun ini (2002), sebanyak 8 kali mesyuarat jawatankuasa telah diadakan.
Kesungguhan AJK amat ketara dalam membincangkan dan membahaskan pelbagai isu
yang berkaitan dengan sekolah dan masyarakat .
![]() Hari Kokurikulum sekolah |
Semua AJK telah menunjukkan semangat kerjasama yang utuh dan bekerja dalam satu pasukan. Mereka begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sikap dedikasi dan bertanggungjawab ini telah direalisasikan dalam banyak hal,khususnya dalam memajukan sekolah dari segi fizikal, pengisian ilmu, dan mencari sumber kewangan. |
Antara usaha yang dilaksanakan ialah Hari Kokurikulum, Projek Sekolahku Kebanggaanku, Projek Pembaikpulihan Bengkel Kemahiran Hidup kepada Bilik APD(Bilik Sumber & Perpustakaan), menaik taraf makmal komputer dari 4 buah komputer kepada 27 buah, pengubahsuaian 2 bilik darjah menjadi bilik seminar dan kecerian sekeliling kawasan sekolah.
Empat biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Ekonomi, Biro Agama dan Biro Kebajikan turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang diprogramkan. Senarai aktiviti yang yang telah dilaksanakan dicatatkan pada Bahagian Kegiatan Biro.