SEJARAH PIBG

| sejarah PIBG | senarai YDP | aktiviti pibg |

Bekas YDP PIBG Tn. Hj. Saparmin berucap di Mesyuarat Agung Tahunan.

Hari guru........antara kegiatan tahunan yang dikelolakan oleh PIBG

Persatuan ini telah diluluskan pendaftarannya pada 2 Nov. 1973 dengan Yang Mulia Ungku Abdullah bin Ismail menjadi Yang Dipertua pertama selama dua penggal iaitu sesi 1974-75 dan 1975-76.

Pada pemilihan kali ke 3 iaitu 1976-77 En. Awang bin Embab telah terpilih menjadi YDP. Beliau memegang jawatan YDP tersebut sehingga sesi 1995-96 iaitu selama 20 tahun. Ini merupakan rekod paling lama dalam daerah Muar bagi seseorang yang memegang jawatan YDP PIBG.

Atas sebab-sebab kesihatan, En.Awang mengundurkan diri pada pemilihan sesi 1996-97 dan tempat beliau digantikan oleh Tn Hj Saparmin bin Marji. Tn Hj Saparmin merupakan YDP ke 3 dan beliau memegang jawatan itu sehingga sesi 2000-2001.

Pada pemilihan sesi 2000-2001 Tn Hj Saparmin mengundur diri dan tempat beliau digantikan dengan En. Abd Hamid bin Salam (sebelum ini merupakan Naib YDP). En Hamid bin Salam merupakan YDP ke 4 dan beliau memegang jawatan itu sehingga sekarang.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2002/2003

Ex-Officio :  Tn. Hj. Mohtar b. Hj. Kasim
Yang diPertua :  En.Abd Hamid b. Salam
Naib Yang diPertua :  Tn. Hj. Abu Bakar b. Wahab
Setiausaha Kehormat :  En. Othman b. Hassan
Bendahari Kehormat :  Pn. Radziah bt. Jaafar
AJK Ibu Bapa :  Tn. Hj. Ghazali b. Bahauddin
:  Tn. Hj. Rahmat b. Hambali
:  En. Khalid b. Zakaria
:  En. Hussin b. Ahmat
:  En. Salimin b. Hj. Daiman
AJK Guru :  Mohd Zaki b. Abdullah
:  En. Asri b. Redzuan
:  En. Heng Chen Guan
:  Pn. Ng Seok Koun
:  Pn. Laili b. Atan
:  Cik Mawar bt. Ghani