SEJARAH AWAL MUAR
| asal
nama MUAR | asal
bandar maharani | peristiwa
bandar maharani | analisis
penduduk |
| asal PADANG
| asal parit
raja | foto
MUAR | sejarah awal
MUAR |
|
Peta Muar yang dilukis oleh Portugis pada tahun 1604. Peta ini menunjukkan Muar sebagai pelabuhan. Sebuah kota berbentuk segitiga bernama FORTALEZA DE MUAR telah dibina oleh Portugis bagi mempertahankan Muar dari serangan Belanda dan Aceh. Kota ini terletak di tepi Sungai Bentayan. Tidak kedengaran lagi tentang cerita kota ini setelah berlaku dua kali peperangan di Kuala Muar pada 1615 dan 1616 di antara Portugis dengan Angkatan Aceh. |
Sejarah Muar telah bermula sejak zaman Hindu
lagi. Dalam perkembangan awal sejarah trdisional
nama Muar telah muncul lebih dahulu daripada zaman pembukaan Melaka. Dalam tahun
1361, seorang sami Buddha dan pendita di Istana Majapahit bernama Prapanca
telah menulis sebuah syair terkenal bernama Nagarakertagama. Dalam syair
ini ada menceritakan tentang wilayah yang ditakluki oleh Majapahit di Tanah
Melayu. Antara jajahan yang ditaklukinya ialah Muar. Pada masa tersebut raja
Majapahit ialah Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya ialah Gajah Mada (1350-1389).
Perkara ini ada dicatatkan dalam Majalah JMBRAS, October, 1935, Volume
XIII Part 2, muka surat 15-16.
Kisah kemunculan Muar yang lebih awal daripada Melaka ini telah diperkuatkan lagi dengan sumber-sumber lain. Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau keluar dari Temasik (Singapura) kerana membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.
Mengikut sejarah Melayu, Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah berpindah ke Muar. Di sini baginda telah membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka.
Satu peristiwa yang telah menunjukkan hubungan istimewa Muar dengan Melaka telah berlaku pada tahun 1488. Dalam tahun inilah Sultan Alauddin Riayat Syah I telah mangkat di Pagoh, Ulu Muar dan di Makamkan di situ.
|
Makam Sultan Alauddin Riayat Syah I (1477 - 1488) di Kampung Raja, Pagoh Muar, Johor. |
Serpihan tembikar Ming yang terdapat di kawasan Masjid Kampung Raja, ditemui semasa kerja-kerja membina masjid. | ![]() |
Disamping itu adalah ternyata dari peta-peta lama bahawa pada masa itu Muar sudah merupakan kawasan pendudukan yang terkenal dan penting dengan sebuah bandarnya sendiri. Peta Ortelius A.D. 1584 menunjukkan MUAR sebuah bandar yang terletak ke arah Selatan Melaka. Peta Linschoten A.D. 1595 juga menunjukkan MUAR sebagai sebuah bandar hampir dengan Melaka.
![]() |
Peta Muar dalam Kurun Masehi ke empat belas. Perhatikan bahawa Sungai Muar di tulis sebagai "Rio de Muar". Perhatikan juga "Fortaleza Muar" kubu pertahanan Portugis di Kuala Sungai Muar. Manakala Gunung Ledang di tulis sebagai "Gunol Idan" |