Pilih Bahasa:
English
Champa

Maklumat:
Mengenai Kami
Lokasi Kelas
Mengenai Buku
Soalan Lazim
Halaman Utama







Mukaddimah Menjayakan Kelas

Kelas bahasa Arab boleh dimulakan dengan cara-cara berikut:
  • Kelas umum
  • Kelas usrah
  • Kelas khas
Buku-buku kami, yang kami gunakan untuk mengajar bahasa Arab adalah bersesuaian untuk kelas-kelas tersebut.
Kaedah kami ialah mempastikan pelajar boleh membaca sebelum berpindah kepelajaran baru.
Untuk menyertai kursus perguruan, sila kelaman ini.
Kami mengadakan latihan mengajar untuk bakal guru yang ingin menggunakan pakej kami.
Kami mencadangkan anda menghantar wakil untuk mengikuti kursus tersebut yang mampu membantu anda memulakan kelas bahasa Arab dilokasi anda sendiri.

Kaedah Kendalian Kelas A-Z

Secara amnya anda perlukan perkara-perkara berikut:
  • Tempat
    1. Tetapkan tempat. Pastikan tempat tersebut dapat digunakan mengikut waktu yang ditetapkan.
    2. Tempat tersebut perlukan satu papan putih sebesar 3 kaki X 3 kaki atau 3 kaki X 4 kaki dan cukup untuk memuatkan 10 - 15 orang pelajar. (Bilik ukuran biasa).
  • Cikgu / Fasilitator
  • (klik untuk penerangan)
    1. Dapatkan seorang guru bahasa Arab. Guru tersebut boleh mengajar bahasa Arab atau yang telah berkursus dengan kami.
    2. Hubungi kami untuk mendapatkan cikgu tersebut dalam mengendalikan silibas kami.
    3. Guru tersebut hendaklah menggunakan buku kami dalam mengendalikan kelas.
    • Ahli Atau Pelajar
      1. Kumpulkan 10 ahli usrah atau lebih pelajar tetap. 15 pelajar adalah maksima.
      2. Setiap pelajar mesti mempunyai buku teks yang kami bekalkan.
    • Jadual Belajar
      1. Tetapkan jadual waktu belajar. 1 - 2 jam, 3 kali seminggu adalah digalakkan.

    Kesinambungan
    • Bagi memastikan kelas berlanjutan, bersedia dan pastikan guru dibayar pada setiap bulan.
    • Semua kerja latihan yang kami beri hendaklah dibuat dan dihantar untuk diperiksa.

    Menjayakan Kelas

    Peranan Guru

    • Cikgu memulakan kelas dengan membaca mukadimah dalam buku teks.
    • Dia akan menyuruh pelajar membaca pelajaran yang perlu.
    • Dia perbetulkan bacaan atau menerangkan apa yang perlu tentang bacaan tersebut.
    • Dia akan menyuruh pelajar kedua membaca perkara kedua dan ini diulangi kepada perkara ketiga dan seterusnya.
    • Guru boleh menerangkan mana-mana bahagian yang dirasa perlu.

    Peranan Pelajar

    • Membaca dengan jelas pelajaran yang disuruh.
    • Hendaklah sentiasa berfikiran terbuka tentang komen yang cikgu buat.
    • Jangan menghafal. Jika lupa rujuk semula lembaran terdahulu.

    Peranan Pengurusan (Kami)

      Antara lain
    • Mentadbir kendalian kelas-kelas.
    • Membuat perbincangan dengan cikgu dan kelas dari masa kesemasa.
    • Menyediakan buku teks pelajar, silibas, kertas latihan dan ujian.
    • Mengadakan kursus mengajar.
    • Memeriksa kertas latihan dan ujian pelajar.