
|
Serba Sedikit Mengenai Kami
 |
Pusat Bahasa Antarabangsa AlBarqy
Alamat surat menyurat:
Lot 4573C,Jalan Bayam,15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
E-mail:
think_arabic@yahoo.com
Hubungi:
Abdul Rahim - 019-919-3061
Cikgu Maan - 019-965-8416
|
|
Hasrat & Cita-cita Kami ialah:
1
untuk boleh membaca dan
memahami AlQur'an dengan baik.
|
2 untuk memahami AlQur'an dan Hadith dalam bahasanya sendiri.
|
3 untuk menjanakan kerjaya pelajar lepasan
sekolah-sekolah ugama, Arab, pondok dan yang sepertinya.
|
4 untuk memenuhi kewajipan menyemarakkan bahasa AlQur'an.
|
Maka, kami merancang untuk belajar dan mengajar bahasa Arab.
Kami juga membuat kajian mencari kaedah mengajar dan belajar supaya
masyarakat boleh belajar bahasa Arab dengan mudah dan berkesan.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Kami juga mencari cara
mengurangkan kos belajar supaya semua lapisan masyarakat mampu untuk belajar.
|
Untuk merealisasikan cita-cita tersebut, kami bersatu tenaga bekerjasama
menubuh
Pusat Bahasa AlBarqy/Tekad Mahir Entreprise/Paytelcc Enterprise.
Syarikat-syarikat ini ditubuhkan untuk mengurus segala transaksi secara rasmi.
Memandangkan untuk mencetak buku, mengurus kursus dan latihan, dan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan banyak pihak, maka kami
mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat-syarikat ini bagi mengendalikan
urusan dokumentasi, pentadbiran kelas, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Sekolah
MADRASATUS SALIHIN.
Sekolah ini adalah matlamat utama perancangan kami untuk menjadikannya pusat
bahasa Arab. Sekolah ini ialah pusat tarbiyah yang mana sesiapa boleh mula
mempelajari bahasa Arab atau menyambung pelajaran bahasa Arabnya dalam bentuk
pembelajaran yang teratur. Kami berharap semoga semua orang dari mana sekali
pun akan belajar bahasa Arab disekolah kami.
Sekolah induk akan dibina dimana saja lokasi yang berpotensi.
Kami mempelawa sesiapa jua yang berminat untuk bersama kami, sila berhubung
dengan kami. Insya' Allah kelas asas akan dibuka dimana jua.
Kelas Pemulaan - Asas dan Buku 1.
Kelas asas dan buku 1 ialah kelas permulaan bahasa Arab rangkaian kami.
Kelas ini diadakan diseluruh ceruk rantau, kampong dan bandar.
Sesiapa boleh mula mempelajari bahasa Arab dilokasi mereka pada Guru-guru / Fasilitator yang telah berkursus.
|
|