Menteri Penerangan berkata bahawa pindaan ke atas Akta Penyiaran ini adalah untuk memenuhi keperluan teknoligi baru dalam bidang penyiaran termasuklah penggunaan satelit.
Pada zaman kini di mana Teknologi Maklumat berubah dengan pantas malah revolusional ini, terutama sekali dengan ujudnya trend pertumpuan digital baru dan keupayaan untuk memindah maklumat dan data dengan kelajuan-cahaya, maka boleh dikatakan berani sungguh bagi siapa-siapa mendakwa bahawa beliau benar-benar memahami dan dapat memenuhi keperluan teknologi-teknologi baru ini - dan inilah sebab mengapa kegagalan untuk melibatkan paling ramai orang awam dalam membentuk undang-undang yang berkait dengan perubahan-perubahan sebegini dalam bidang Teknologi Maklumat adalah sesuatu yang sungguh malang sekali.
Izinkan saya memetik dari Don Tapscott yang menulis dalam bukunya The Digital Economy, untuk menunjukkan bagaimana masa depan dunia kita hasil dari revolusi yang mengambil tempat di dunia penyiaran dan hasil dari penumpuan digital:
“One of the most important shifts enabled by digital technology is, of course, the shift to interactivity. To date, much of the discussion has been about shifting from broadcasting to narrow casting and may have missed the point. The future won’t be about ‘casting’ at all.
“In the future, it will be the customer, not the broadcaster, who will do the ‘casting’ - the searching and accessing of multimedia databases for appropriate information, content, programming and services. This may involve person-to-computer interaction when, for example, a customer accesses a database of television programs, encyclopedia entries, movie listings, or traffic reports. It could also be person-to-person, mediated through the computer; for example, a person sends a piece of video mail that is swithced through and stored on a computer. By the end of the decade, consumers will have access to personalized, interactive on dn-demand services, and random access to anything they want through digital radio and TV as well as through cable and computer networks” (pp228-9)
Berkenaan dengan Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran ini, bolehkah Menteri Penerangan memberikan jaminan kepada Dewan ini bahawa Kementerian beliau telahpun mempertimbangkan semua implikasi terutama sekali yang berkaitan degnan Lebuhraya Maklumat - iaitu Internet?
Sebagai sebuah rangkaian dalam kalangan rangkaian, Internet akan membekalkan carriage untuk pelbagai perkhimatan komunikasi. Dalam satu ekstrim, ia akan termasuk perkhidmatan-perkhidmatan program video dan audio yang sedia ada pada masa kini: satu-hala, bukan interaktif, komunikasi mass-audience. Pada eksprim yang lain pula adalah komunikasi teks satu-ke-satu dan mel elektronik persendirian. Di antara kedua-dua ekstrim ini, ujud pula berbagai-bagai lagi komunikasi yang lain-lain jenis dan bentuknya, dengan tahap interaktif yang berbeza-beza, mengandungi berjenis-jenis kandungan, dan memenuhi keperluan pengguna-pengguna yang terdiri dari kumpulan seramai berjuta-juta orang hingga ke satu orang sahaja.
Di titik manakah sesuatu yang bertujuan untuk diterima oleh orang ramai di Internet ini akan dianggap sebagai penyiaran? Program macam manakah yang akan dianggap sebagai program penyiaran? Program yang macam mana pula tidak akan dimasukkan ke kategori ini? Bilakah sesuatu komunikasi persendirian akan menjadi komunikasi awam?
Dengan lebih terpeinci lagi, biarkan saya merujuk kepada beberapa definasi di dalam Rang undang-undang Penyiaran.
Seksyen 2 memberikan satu definasi baru kepada ‘stesen penyiaran’ seperti berikut:
“‘stesen penyiaran’ ertinya suatu stesen yang memancarkan bahan penyiaran-
(a) melalui gelombang radio atau gelombang bunyi atau apa-apa gelombang elektromagnetik lain, melalui eter, kawat, kabel atau satelit; dan
(b) untuk diterima oleh orang awam-
(i) sama atau tidak apa-apa bayaran dibuat atau fee lain dibayar oleh orang awam berhubungan dengan penerimaan bahan penyiaran itu; dan
(ii) melalui alat terima siaran radio atau alat terima siaran television;”
Definasi baru untuk ‘bahan penyiaran’ pula kini bererti:
“‘bahan penyiaran’ ertinya apa-apa isyarat atau semboyan yang dipancarkan oleh suatu stesen penyiaran samada bagi penerimaan aural atau visual atau kedua-duanya, dan termasuklah apa-apa muzik, filem, sandiwara atau hiburan lain, konsert, syarahan, ceramah, ucapan, berita, dokumentari iklan dan apa-apa jua jenis maklumat yang dipancarkan untuk penerimaan oleh orang awam;”
Seksyen 12 meminda definasi ‘alat terima siaran radio’ sebagai:
“‘alat terima siaran radio’ ertinya apa-apa radas yang digunakan bagi penerimaan aural bahan penyiaran yang dipancarkan oleh gelombang radio atau gelombang bunyi atau apa-apa gelombang elektromagnetik lain, melalui eter, kawat, kabel atau satelit;”
‘Alat penerima siaran television’ pula didefinisasikan sebagai:
“‘alat terima siaran television’ ertinya apa-apa radas yang digunakan bagi penerimaan visual dan aural bahan penyiaran yang dipancarkan oleh gelombang radio atau apa-apa gelombang elektromagnetik lain, melalui eter- kawat, kabel atau satelit, termasuklah suatu antena penerima atau apa-apa kombinasi radas yang berupaya menerima secara langsung apa-apa bahan penyiaran; “
Sekseyn 4(1) yang baru menetapkan:
“(1) Tiada seorang pun boleh menyiarkan apa-apa bahan penyiaran di dalam atau dari Malaysia melainkan-
(a) melalui atau dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan penyiaran yang ditetapkan dalam jadual; dan
(b) di bawah danmengikut suatu stesen yang diberikan oleh Menteri di bawah Bahagian ini’.
Perkhidmatan penyiaran yang dihuraikan dalam Jadual adalah seperti berikut:
“II. Perkhidmatan televisyen
i. Perkhidmatan televisyen yang bebas diudarakan tanpa bayaran
ii. Perkhidmatan televisyen kabel
iii. Perkhidmatan televisyen satelit
iv.Perkhidmatan televisyen berbayar
v. Perkhidmatan televisyen siaran dalaman samada dengan atau tanpa bayaran
“III. Perkhidmatan nilai tambahan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
i. Perkhidmatan televisyen interaktif
ii. Perkhidmatan teleteks.”
Apabila kita membaca provisi-provisi ini, kita akan mendapat satu gambaran bahawa komunikasi Internet samada melalui web page persendirian ataupun korporat berkemungkinan terletak di bawah kawalan Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran, memandangkan setiap website boleh dikategorikan sebagai ‘stesen penyiaran’, menyiarkan ‘bahan penyiaran’ yang memerlukan lesen dari Kementerian Penerangan
Tambahan lagi, semua kumpulan-kumpulan berita (newsgroup) di atas Internet mungkin juga terjatuh di bawah definasi ‘stesen penyiaran’ dan rakyat Malaysia yang menyertai newsgroup ataupun melanggan newsgroup-newsgroup ini mungkin terjatuh di bawah definasi penyiaran ataupun menerima ‘bahan penyiaran’, dan mungkin terkena hukuman yang berat yang berada dalam bidang kuasa Rang Undang-undang Penyiaran sekiranya mereka tidak mendapatkan lesen dari Kementerian Penerangan terlebih dahulu. Hukuman yang terkandung dalam Rang Undang-undang ini sungguh berat sekali di mana jumlah penalti boleh setinggi RM10,000 ke RM100,000, serta hukuman penjara selama tiga tahun untuk perlanggaran-perlanggaran yang berlainan!
Adakah ini tujuan Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran, untuk mengawal dan regulat Internet? Mengikut catatan Jaring, kini ujudnya sekurang-kurangnya 1,167 website rakyat Malaysia. Jumlah yang sebenarnya tentulah lebih tinggi lagi, kerana bukannya semua website yang berkaitan degnan Malaysia mendaftar dengan Jaring. Kini di atas Internet juga ujudnya sekurang-kurangnya 10,000 newsgroup.
Sebarang usaha unuk mengawal Internet melalui Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran ini hanya akan memantutkan pertumbuhan Internet, yang mana bererti membawa kerosakan yang serius kepada pembangunan Teknologi Maklumat rakyat Malaysia.
Guru Internet, Nicholas Negroponte, dalam bukunya yang masyhur tahun 1995, Being Digital, telah menyatakan satu poin bahawa “while the Internet may be mostly hype today, it is an understatement abou tomorrow. It will exist beyond people’s wildest predictions”. Beliau percaya bahawa hingga tahun 2005, rakyat Amerika akan melaungkan lebih masa di atas Internet dari menonton televisyen.
Bill Gates, ketua Microsoft yang mana Perdana Menteri sendiri cuba menarik penyertaannya ke MSC, pernah berkata: “Like the PC, the Internet is a tidal wave. it will wash over the computer industry and many others, drowning those who don’t learn to swim in its waves.”
Kita harus mengingati tentang perubahan revolusional di dalam Zaman Digital ini yang diilhamkan oleh kemajuan yang pantas dan penumpuan teknologi komputer dan telekomunikasi. Setiap dua tahun, kuasa komputer bertambah satu kali ganda sementara harganya pula menurun dengan kadar yang sama.
Era Digital adalah mengenai pertumpuan. Garis di antara apa itu hiburan dan apa itu berita, antara apa itu syarikat perisian dan apa itu syarikat hiburan, antara apa itu pendidikan dan apa itu hiburan, semuanya telah menjadi kabur dan tidak tentu. Telefon, set television dan komputer peribadi - peranti-peranti yang sehingga baru-baru ini masih dapat dibezakan - kini telah saling berinteraksi. Tidak lama lagi mereka akan dapat menawarkan lebih banyak perfungsian yang serupa dan akhirnya menjadi tidak dapat dibeza-bezakan begitu saja lagi.