http://www.oocities.org/tutorpmr
 


  5. Descartes dan sistem koordinat  
 

Ahli matematik Perancis, Rene Descartes merupakan orang pertama menggunakan sistem dua nombor atau tiga nombor seperti (a, b) untuk mewakili kedudukan satu titik pada satah dua dimensi dan (x, y, z) untuk mewakili kedudukan satu titik pada satah tiga dimensi. Sistem nombor ini dikenali sebagai sistem koordinat.

 
 

Descartes mendapatkan idea tentang sistem koordinat ini semasa beliau sedang sakit dan berbaling di atas katil. Pada ketika itu beliau telah ternampak seekor labah-labah bergerak pada siling. Descartes pun cuba menentukan kedudukan labah-labah itu dan akhirnya membawa kepada idea tentang sistem koordinat itu.

 

 

 
 
© Hakmilik OOI YONG SEANG 2000