|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
:: RENUNGAN :: |
||||
|
************************** |
||||
|
.: menu utama :. |
| hadiah bagi ahli syurga | | hadiah terindah & tak ternilai | |
|||
| --------------- | ||||
| Portfolio | ||||
| Renungan | .: HADIAH TERINDAH & TAK TERNILAI :. | |||
| Satu cerita | ||||
| Mutiara kata | -KEHADIRAN- | |||
| Galeri Kenangan | Kehadiran orang yang dikasihi rasanya hadiah yang tak ternilai harganya. Memang boleh juga hadir | |||
| ---------------- | melalui emel, sms, telefon, foto atau lainnya. Namun dengan berada di sampingnya, dapat berkongsi | |||
| perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Dengan demikian, kualiti | ||||
| kehadiran juga penting. Jadikan kehadiran sebagai pembawa kebahagiaan. | ||||
| -MENDENGAR- | ||||
| Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah ini. Sebab, kebanyakan orang lebih suka didengarkan | ||||
| berbanding mendengarkan. Sudah lama diketahui bahawa keharmonian hubungan anatara manusia amat | ||||
| ditentukan oleh kesediaan saling mendengarkan. Dengan mencurahkan perhatian pada segala | ||||
| ucapnnya, secaa tak langsung kita juga telah menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk jadi | ||||
| pendengar yang baik, pastikan dalam keadaan betul-betul relax dan mampu menangkap apa yang | ||||
| disampaikan. Tatap wajahnya. Tidak perlu menyela, mengkritik, apa lagi menghakimi. Biarkan dia | ||||
| menuntaskannya, ini memudahkan memberikan tanggapan yang tepat setelah itu. Tidak harus berupa | ||||
| diskudi atau penilaian. sekadar ucapan terima ksih pun akan terdengar manis baginya. | ||||
| -DIAM- | ||||
| Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh dipakai untuk menghukum, | ||||
| mengusir atau membingungkan orang. Tapi lebih dari segalanya, diam juga boleh menunjukkan | ||||
| kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya 'ruang'. Tambahan jika sehari-hari kita sudah terbiasa | ||||
| gemar menasihati, mengatur, mengkritik bahkan mengomel. | ||||
| -KEBEBASAN- | ||||
| Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur | ||||
| kehidupan orang berkaitan. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu | ||||
| mengongkongnya? Memberi kebebasan adalah salah satu perwujudan cinta. Makna kebebasan | ||||
| bukanlah 'kau bebas berbuat semahumu'. Lebih dalam dari itu, memberi kebebasan adalah | ||||
| memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang dia putuskan atau | ||||
| lakukan. | ||||
| -KEINDAHAN- | ||||
| Siapa yang bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih handsome atau cantik? | ||||
| Tampil indah dan rupawan juga merupakan hadiah. Bahkan tak salah jika 'menghadiahkannya' tiap | ||||
| hari! Selain keindahan penampilan peribadi. | ||||
| -TANGGAPAN POSITIF- | ||||
| Tanpa sedar, sering kita memberikan penilaian negatif terhadap fikiran, sikap atau tindakan orang | ||||
| yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar dari dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada | ||||
| kita. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan tulus. Cubalah ingat, | ||||
| berapa kali dalam seminggu terakhir anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya | ||||
| demi anda. Ingat-ingat pula, pernahkah memujinya. Kedua hal itu, ucapan terima kasih dan pujian | ||||
| (dan juga permintaan maaf) adalah hadiah indah yang sering terlupakan. | ||||
| -KESEDIAAN MENGALAH- | ||||
| Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran. Apa lagi, sampai menjadi pertengkaran | ||||
| yang hebat, Semestinya pertimbangkan, patutkah sebuah hubungan cinta dikorbankan hanya | ||||
| gara-gara persoalan itu? Bila memikirkan hal ini, bererti bersedia memberikan hadiah 'kesediaan | ||||
| mengalah'. Oklah, mungkin kesal atau marah kerana terlupa memenuhi janji. Tapi kalau itu baru | ||||
| pertama kali, kenapa harus jadi pemicu pertengkaran yang berlarut-larutan? Kesediaan untuk mengalah | ||||
| juga dapat emlunturkan sakit hati dan mengajak kita menyedari bahawa tidak ada manusia yang | ||||
| sempurna di dunia ini. | ||||
| -SENYUMAN- | ||||
| Percaya atau tidak, kekuatan senyuman amat luar biasa. Senyuman, terutamanya yang diberikan | ||||
| dengan tulus, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat dalam keputusasaan, | ||||
| pencerah suasana muram, bahkan ubat penenang jiwa yang resah. Senyuman juga merupakan | ||||
| syarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bila terakhir kali kita menghadiahkan | ||||
| senyuman manis pada orang yang dikasihi? | ||||