Apa khabar?
Kami ucapkan Selamat Datang ke Laman Guru dan Pelajar Sekolah
Menengah Teknik Kajang ! Laman SMTEKNIK ini dibina untuk semua guru
dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Kajang khasnya dan juga seluroh
guru dan para pelajar Malaysia amnya. Persatuan Ibu Bapa Guru-guru
juga memberi sumbangan melalui Bulletin yang dinamakan INFOTEK. Anda
akan dapat mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi melalui
maklumat di laman ini.
Usahasama yang dibuat dalam mendapatkan sumbangan bahan-bahan dari para pendidik , guru, ibubapa dan murid-murid akan mewujudkan suasana kerjasama yang lebih bermakna dalam mepertingkatkan kualiti pendidikan. Ia juga mempunyai masa depan yang cerah di mana kandungannya dapat digunakan untuk meningkatkan komunikasi antara guru, ibubapa dan murid-murid.
Kami berharap Gerbang ini akan menjadi tempat membuat rujukan serta penyalur maklumat pendidikan yang boleh dikongsi bersama. Kami juga mengalu alukan sebarang sumbangan berbentuk
penulisan, karya, nasihat ataupun kata kata hikmat dari semua
pelawat untuk dimuatkan didalam Buletin PIBG kami.