Peladang
Angkut Sdn Bhd
(PASB) adalah 100%
milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor
(PPNJ). Sebelum ini
ia dikenali sebagai South Strategy
Sdn. Bhd. Ia ditubuhkan pada 20 April 1993 dan mula beroperasi
pada 1 April 1995.
Sebelum ini operasi pengangkutan ditempatkan
di bawah satu bahagian di PPNJ. Operasinya bermula pada
tahun 1979 dengan keupayaan dua buah lori sahaja.
PPNJ mengorak langkah dengan membeli lori secara
berperingkat -peringkat.
Pada peringkat awal pembelian lori hanya tertumpu
pada lori-lori kargo sahaja.

Pada tahun 1988, PPNJ
membeli lori - lori tangki untuk mengangkut
minyak sawit dari kilang sawit Bukit Bujang di Segamat
yang merupakan milik PPNJ
sendiri. Keadaan ekonomi yang kukuh dan perkembangan aktiviti
PPNJ telah menggalakkan pembelian lori
dari masa kesemasa mengikut keperluan.
PASB berpindah ke tapak sekarang di Pasir
Gudang pada 5 Mac 1998. Tapak
operasi yang asal di Skudai didapati tidak sesuai lagi
bagi menampung 47 buah
lori dan operasi bengkelnya. Dengan perpindahan
ke tapak baru ini, adalah
diharapkan PASB akan dapat meningkatkan dan
memperluaskan perniagaan dimasa akan datang.
|