PROGRAM  YANG  BARU  DILAKSANAKAN
 

Lori Kargo Dan Tangki 

  • Pihak Lembaga Perlesenan telah mengeluarkan 20 lesen pembawa lori 'A' BDM 32,000 iaitu 10 buah lori kargo dan 10 buah lori tangki.
  • Pihak syarikat akan membeli 10 buah pada awal tahun ini dan 10 buah lagi pada pertengahan tahun.

Tapak Operasi 

  • Kawasan seluas 3 ekar sedang dibangunkan di Kawasan Pasir Gudang. Syarikat telah berpindah pada awal bulan Mac 1998.
 

Penambahan 'Sub Centre' 

  • Empat buah sub-centre kelapa sawit akan dibuka pada tahun ini. Peningkatan jualan kelapa sawit akan bertambah. Secara tidak langsung perkhidmatan pengangkutan juga akan dibesarkan.
  • Jualan keseluruhan sub-centre pada tahun 1997 sebanyak 13 buah dimana setiap sub-centre akan menampung sebanyak 80 hingga 130 m/tan buah sawit sehari.

Kilang Sawit Kedua PPNJ 

  • PPNJ sedang membina sebuah lagi kilang sawit di Kahang, Kluang pada tahun ini. Dengan adanya kilang kedua ini perkhidmatan lori tangki akan ditambah bagi mengendalikan penghantaran minyak sawit mentah (MSM) ke kilang penapis di Pasir Gudang.

 
PROGRAM  YANG  AKAN  DILAKSANAKAN 
 
  • Mencari syarikat luar yang berpotensi bagi menjalankan perniagaan usahasama.
  • Menambah beberapa buah lagi lokasi bagi kegunaan diesel di PPK seluruh Negeri Johor.
  • Menjalankan perniagaan 'pump station' jika diberi peluang.
  • Mengendalikan sendiri penghantaran diesel ke lokasi yang sedia ada dan akan datang.
  • Memperluaskan perkhidmatan bengkel kepada syarikat-syarikat luar.
 
 
                       
| Latarbelakang | Operasi | Perancangan | Laman Depan |