SM TEKNIK ARAU

 

MENU UTAMA

 

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Teknik Arau Perlis terletak kira-kira 12 km dari bandar Kangar dan 2.5 km daripada persimpangan jalan besar Arau Kangar. kedudukannya adalah bersebelahan dengan Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis.Tapak pembinaannya meliputi Kawasan seluas 32 ekar. Kerja-kerja pembinaan SMT Arau (Sekolah Menengah Vokasional Arau ketika itu) bermula pada 9hb September 1985 dan relah disiapkan pada 20hb April 1985. Pengetua pertama Sekolah Menengah Vokasional Arau adalah En. Idris bin Buyong. Beliau dilantik pada 1hb 1988 untuk mengendalikan kerja-kerja penyerahan bangunan daripada pihak kontraktor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun pentadbiran sekolah ini bermula pada 1hb jun 1988, pengambilan kumpulan pertama pelajar tingkatan empat berjumlah 210 orang untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan disekolah hanya bermula pada bulan Mac 1989. Sekolah Menengah Vokasional Arau telah dinaik taraf daripada sekolah gred B ke gred A pada 01.03.1993.

           Mulai sesi persekolahan Disember 1995/1996. Sekolah Menengah Vokasional Arau mengalami proses penstrukturan semula daripada Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik bersama 19 buah Sekolah Menengah Vokasional yang lain dalam fasa 1. Selaras dengan itu, Sekolah Menengah Vokasional Arau ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis. Pengambilan 240 orang pelajar teknik dalam tiga jurusan kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik dibuat pada 08.01.1996. Pengetua Sekolah Menengah Teknik Arau yang pertama iaitu Tn. Hj. Razak bin Dahaman yang mula bertugas pada 16.11.1995

 
 
 
 

Cadangan Resolusi: 1024 x 768

1