SM TEKNIK ARAU

 

PROFIL

 

Visi

SMTA Menjadi Sekolah Harapan Negara

Misi    

Memberi pendidikan cemerlang dalam bidang Sains dan Teknologi dengan pencapaian 100% dalam SPM

Membimbing pelajar supaya berdisiplin dan berakhlak mulia

Meningkatkan pendidikan supaya pelajar menjadi lebih seimbang dari segi emosi, pandai menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran

Memberi latihan jasmani supaya menjadi insan yang sihat cergas, cerdas dan mempunyai daya tahan

mewujudkan persekitaran ceria, kondusif dan bersumber pendidikan
Falsafah    
  Pelajar-Pelajar yang ada di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan kemahiran. Peluang yang seluas-luasnya akan diberikan kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan potensi mereka dalam aspek-aspek tersebut, Peningkatan usaha berterusan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
  Piagam Pelanggan
Memberi pendidikan dan latihan kemahiran yang sempurna dan berkualiti kepada pelajar-pelajar
Memberi peluang kepada setiap pelajar di sekolah ini untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan kemahiran
Memberi perhatian dan layanan yang adil dan saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira kaum dan latar belakang keluarga
Melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin, mampu berdikari serta sanggup berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang ceria dan pergaulan yang harmoni dikalangan pelajar
Memberi layanan dengan penuh kemesraan dan kesopanan kepada ibu bapa dan masyarakat apabila berurusan  dengan pihak sekolah
2