SM TEKNIK SLIM RIVER

 

Menu Utama

 

Tentang Web Ini

Pada laman ini dimuatkan tentang profil sekolah, pengurusan sekolah, aktiviti yang dijalankan dan sejauh mana pencapaian dari segi pengurusan, kurikulum dan kokurikulum.

  Latar Belakang Sekolah

Sekolah menengah teknik slim river telah dimulakan pembinaan-nya pada tahun 1984 di atas sebuah tapak seluas 30 ekar. Kos pembinaannya dianggarakan berjumlah rm 19 juta di bawah projek asia development bank 1(adb 1). Terletak lebih kurang ¾ km dari pekan Slim river.

Sekolah ini menerima kemasukkan pelajar pertama pada 10 mac 1986 dengan pengambilan pelajar seramai 152 orang. Pelajar perintis ini juga merupakan pengambilan terakhir yang menduduki sijil pelajaran vokasional malaysia (spvm). Tahun 1987 merupakan era baru dalam sistem pendidikan vokasional yang menawarkan sijil pelajaran malaysia vokasional (spmv).

Perasmian sekolah telah disempurnakan oleh dymm paduka seri sultan perak sultan azlan muhibbiddin shah pada 12 julai 1988 bersamaan 21 zulkaedah 1408.

Mulai tahun 1996 sekolah ini telah dinaik taraf kepada sekolah menengah teknik dalam pelaksanaan penstrukturan sm.vokasional kepada sm. Teknik Fasa 1 dan menawarkan 3 jenis pengajian iaitu kejuruteraan awam, elektrik dan jentera di samping meneruskan kursus yang sedia ada.

Pada tahun 1995 sekolah telah memulakan pembinaan bangunan tambahan di bawah pembiayaan adb 4 dan mulai digunakan pada bulan mac 2000.

Alamat
Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak.
Tel: 

Cadangan Resolusi: 1024 x 768