SM TEKNIK SLIM RIVER

 

PROFIL

Lencana

Kuning, Putih dan Hitam - Warna negeri Perak.
Obor - Cahaya penerang hidup daripada kegelapan.
Putih Arah ke Atas - Kemajuan yang berterusan dalam bidang sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan pengurusan.
Jangka Lukis, Model Atom dan Buku - Ktinggian ilmu dalam bidang sains & teknologi.
Susuna 3 Gear - Kesinambungan 3 bidang yang ada di sekolah ini iaitu Teknikal, Vokasional dan Kemahiran.
Bulatan Besar di Luar - Tekad, Azam dan Kesungguhan.

Visi

Bersama menyumbang ke arah negara maju dengan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, berdisiplin dan berwawasan.

Misi
Meningkatkan imej sekolah dengan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurokulum , bermoral dan berdisiplin
Objektif
Meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Meningkatkan imej sekolah dengan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berwatak.
  Melahirkan sumber manusia yang berilmu , berkemahiran dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan negara.
Moto
Pendidikan Dan Teknologi
Lagu Sekolah
DENGAN SEMANGAT PERWIRA
DI BAWAH SATU BENDERA
DI SMT YANG TERCINTA
KAMI CURAH BAKTI DAN JASA

DENGAN IKHLAS DAN SETIA
KEPADA BANGSA NEGARA
MOHON DOA DENGAN TAKWA
SEMOGA SELAMAT SEJAHTERA

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI
COGAN YANG KAMI JULANG
RUKUN NEGARA JADI PANDUAN
HARAPAN KEBAHGIAAN