Selamat sejahtera dan jutaan terima kasih diucapkan kerana
sudi melayari
halaman web sekolah kami. Diharapkan dengan wujudnya laman web rasmi
sekolah ini dapat dimanafaatkan oleh semua dengan sebaik-baiknya.
Dalam era teknologi maklumat sekarang, kita seharusnya bergerak seiring
dengan kemajuan masa kini. Abad ke 19 telah hampir di penghujungnya,
dan agak ketinggalan jika kita masih berada di takuk lama dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya berasa bangga dengan pembinaan laman web ini maka sekurang-
kurangnya dapat memberi manafaat kepada pelbagai pihak dan satu usaha
pihak sekolah dalam menjayakan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dan
ia bukanlah suatu tugas yang mudah dan dipandang ringan. Ia memerlukan
perancangan yang rapi dan bermula dari satu peringkat ke satu peringkat
yang lebih tinggi lagi. Dalam menuju tahun 2000 nanti, dunia internet
makin diminati dan menjadi suatu keperluan oleh semua lapisan masyarakat
bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan.
Dengan peningkatan pencapaian peperiksaan UPSR setiap tahun,
jadi tidak hairanlah guru-guru juga perlu maju ke hadapan seiring dengan
era dunia alaf baru yang memerlukan sikap kreatif, inovatif dan berdaya
saing dalam meningkatkan pencapaian. Dan pendidikan mengenai internet
dan multimedia ini perlu juga diterapkan kepada murid-murid bagi mem-
perkembangkan minda mereka dan bersedia menghadapi kehidupan
masa depan.
Akhir sekali, diharapkan warga sekolah ini akan terus berusaha meningkat
pencapaian akademik dan menaikkan lagi imej sekolah ini di samping
menjadikan murid-murid sebagai anak bangsa yang mempunyai jati diri,
berilmu, berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai
persediaan diri menjadi pemimpin generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
" BERSAMA MENUJU ALAF BARU "Saya yang ikhlas,
( EN MICHAEL NANING ACHOI )
Guru Besar,
Sek. Keb. St Dominic.
21 April 1999 |